Posts

Showing posts from May, 2019

Laras Bahasa

Assalamualaikum, Hari ini saya ingin menyampaikan sedikit ilmu, Pada kuliah ini, saya tidak dapat hadir. Namun begitu, ada sikit yang saya dapati:- Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur (Nik Safiah) Terdapat beberapa perbezaan laras bahasa dan dibezakan melalui ciri-cirinya : - Ungkapan/perbendaharaan kata & bunyi -Dua perkara yang perlu diberi perhatian apabila ingin mengkaji laras, iaitu: Ciri-ciri linguistik.          - Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa.          - Dimensi ciri-ciri linguistik: - Faktor sosial, tajuk & sifat bahasa itu sendiri. - Dua perkara yang membezakan laras dari segi linguistik:        - tatabahasa        - perbendaharaan kata. Sekian, Wallahu'allam. Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan Post: 12

7. K A E D A H T E R J E M A H A N

Hai semua! Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Malaysia Baru. Entri kali ni nak cakap tentang kaedah terjemahan. Apa itu kaedah terjemahan? Cara untuk terjemah dengan baik. Ada tiga kaedah terjemahan iaitu terjemah kata demi kata, terjemah harfiah dan terjemah secara bebas. 1. Terjemahan kata demi kata. Mudah dilakukan. Dapat disiapkan dengan cepat. Lebih menekankan bentuk teks sumber, bukannya isi. Tidak dapat difahami dengan mudah. Catatan kaki perlu dibuat untuk menjelaskan sesuatu yang kabur. 2. Terjemahan harfiah. Gaya terjemahan mirip dengan gaya penulisan bahasa sumber. Masih memberi penekanan pada bentuk/struktur bahasa sumber. Hasil terjemahan kadang kala kaku dan terlalu dipaksakan. Bentuk/struktur bahasa terjemahan amat mirip dengan bentuk/struktur bahasa sasaran. Tidak sedap dibaca.    3. Terjemahan bebas. Bebas daripada kedua-dua kaedah di atas, Terjemahan perlu sampai dengan makna yang ingin dicapai. Bentuk/struktur b

6. Proses Penterjemahan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Hari tu saya dah cerita tentang kelayakan penterjemah. Kali ini saya nak kongsi pasal proses penterjemahan pula sepertimana yang boleh dilihat dalam rajah di bawah ini.                         Pertama : Analisis iaitu baca dan faham yang melibatkan pencarian makna sama ada daripada perkataan, ayat atau keseluruhan wacana.  Kedua    : Proses paling penting iaitu pemindahan dari bahasa sumber ke bahasa sasaran.  Ketiga    : Menstruktur semula teks mengikut struktur bahasa sasaran dengan mudah dan ringkas.  Keempat : Memeriksa. Proses ini boleh dilakukan sendiri atau bersemuka dengan pakar bidang. Kelima    : Menyemak merupakan satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran. Keenam  : Menyunting bagi membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh orang ramai. Post 6 by Hawa Najihah.

Entry 11: Padanan Terjemah ?

Image
Assalamualaikum, apa itu padanan terjemah ? padanan terbahagi kepada padanan dinamis dan padanan formal padanan ni senang je hehehe..... Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi. Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistik aspect of translation. tengok kucing ni pun sepadan. kiranya setiap perkara mesti ada padanannya. Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan Post: 11