6. Proses Penterjemahan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Hari tu saya dah cerita tentang kelayakan penterjemah. Kali ini saya nak kongsi pasal proses penterjemahan pula sepertimana yang boleh dilihat dalam rajah di bawah ini.

                        PROSES PENTERJEMAHAN
Pertama : Analisis iaitu baca dan faham yang melibatkan pencarian makna sama ada daripada perkataan, ayat atau keseluruhan wacana. 

Kedua    : Proses paling penting iaitu pemindahan dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. 

Ketiga    : Menstruktur semula teks mengikut struktur bahasa sasaran dengan mudah dan ringkas. 

Keempat : Memeriksa. Proses ini boleh dilakukan sendiri atau bersemuka dengan pakar bidang.

Kelima    : Menyemak merupakan satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.

Keenam  : Menyunting bagi membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh orang ramai.



Post 6 by Hawa Najihah.

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan