Kata Nama Khas: Nama Tempat, Bandar & Negara

Hai! Tengah buat apa tu? Hehe 😁

Kalau korang tengah free, sambil rehat lepak lepak tu boleh lah amik tahu sikit tentang terjemahan kata nama khas bagi nama tempat, bandar atau negara pulak.

Rasa rasanya, macam mana nak terjemahkan nama tempat pulak?

Haa, mudah je jangan risau. Caranya, kekalkan nama bahasa sumber iaitu tanpa perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan. Ataupun, boleh jugak dengan gantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.

Okay, contoh untuk pemindahan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran; Middle East jadi Asia Barat, Silk Route jadi Laluan Sutera, Atlantic Sea jadi Laut Atlantik dan sebagainya.

Selain tu, ada sesetengah tempat dan bandar dalam bahasa Arab ditulis dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal. Jadi, kata nama tersebut perlu digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dulu lagi. Contohnya; Al-Qahirah (BA) - Cairo (BI) - Kaherah (BM)

Jadi, secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab perlulah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Haa itu saja untuk terjemahan nama tempat, bandar dan negara. Kita sambung lagi tajuk lain next time okay? Xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 9 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan