Apa Itu Terjemahan?

Assalamualaikum semua dan hai!

Jadi saya nak tanya semua, apa itu terjemahan?

Okay, untuk pengetahuan semua, terjemahan ni ada banyak maksud menurut pelbagai sumber.  Ada yang bersumberkan para sarjana, ada jugak dapat daripada kamus.

Okay jom kita pergi pada maksud yang pertama menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan ni bermaksud memindahkan (karangan dll) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, atau mengalihbahasakan.

Ada jugak yang mentakrifkan terjemahan ni kepada menulis semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.  Dan takrifan ini adalah menurut kepada sebuah mu'jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab.

Manakala, menurut tokoh sarjana seperti Catford, J.C, terjemahan ialah penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahasa yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran).

Jadi, bila saya sendiri baca segala pendapat tokoh sarjana dan juga takrifan daripada kamus, saya dapat simpulkan yang terjemahan ni sebenarnya suatu pengalihbahasaan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain dengan makna yang sepadan.

Haa diharapkan semua yang baca entri kali ini tentang makna terjemahan dapat lah serba sedikit gambarannya. Aamiinn.

So thats all from me this time, kita jumpa lagi dalam next entry okay! xoxo 💙💋



posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 1 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan