Emotif ?

Assalamualaikum.

Okay kita sambung jenis ayat yang seterusnya. Jenis ayat yang ketiga adalah Emotif ataupun ayat perasaan. Ayat perasaan ni macam mana pula ye ? Susah ke nak terjemah ayat perasaan ? Okay jom baca !


Dalam kajian makna, perasaan adalah sejenis makna. Jadi ianya wajib disalin semula dalam terjemahan. Haa susah ke ? Okay ayat perasaan ni merupakan sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Sebab apa ? Antara puncanya adalah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Ianya tidak mengandungi maklumat mahupun bukan bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Namun, ciri utamanya nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat. Dengan itu, orang lain akan dapat faham perasaan seseorang itu. Ayat perasaan ini banyak bentuknya. Antaranya:

1. Ayat marah.
2. Ayat gembira.
3. Ayat sanjungan.
4. Ayat ejekan.
5. Ayat dukaan.
6. Ayat sindiran.
7. ayat cacian.
8. Ayat kutukan.
9. Ayat cabaran.
10. Ayat kejutan.
11. Ayat sesalan.
12. Ayat sumpahan.
13. ayat bujukan.

Haa banyakkan. Semua ayat ni merupakan ayat perasaan. Dalam komunikasi, peraaan timbul kerana dua faktor. Yang pertama, akibat respon daripada maklumat yang diterima. Yang kedua adalah akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan.

Baiklah itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi. 


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 12

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan