Entry 8: Menterjemah Fungsi Ayat.

Assalamualaikum,

Entri ini tertinggal sebab terbuang. kena buat yang baru adui.

Teori Penting: Teori Fungsi Ayat
Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi

Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
Fungsi: Suruhan

Contoh: Siapa kata saya penakut ?
Bentuk: Tanya
Fungsi: Cabaran


AYAT MAKLUMAT

* Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah.
* Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan.  
* Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat. 
* Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu. 

AYAT ARAHAN 

* Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah. 

Sebagai contoh, dalam BI bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John? 

* Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan. 
Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?

AYAT PERASAAN

* Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. 
* Wajib disalin semula dalam terjemahan. 
* Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. 
* Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. 


Ayat Bahasa Arab yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil.

Wallahu'allam.

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan