Teknik Menterjemah Peribahasa

Assalamualaikum dan hai 🙋

Tahu ke macam mana teknik nak terjemahkan peribahasa? Haaa jom kita study sama sama.

Okay teknik yang pertama, peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya, جزاه جزاء سنمّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.

Kedua, menggunakan teknik pinjam terjemah. Contohnya, ماء الوجه diterjemahkan kepada air muka. عين القلب diterjemahkan kepada mata hati.

Ketiga, teknik memperjelas makna. Contohnya perkataan "sweetheart" diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيبة atau حبيب.

Keempat, proses gantian peribahasa iaitu ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya هدية تذكارية diterjemahkan kepada cenderahati.

Tapi, apa apa pun kena jugak tanya terus kepada penutur asli bahasa sumber dan orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber bagi mengelakkan kesalahan terjemah.

Sekian saja daripada saya untuk kali ni. Byee xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 12 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan