Layak Ke Jadi Penterjemah?

Hai semua! 🙌🙋

so pada entry kali ni, saya nak ceritakan sikit tentang kelayakan penterjemah.

haa, macam mana nak tahu kita layak jadi penterjemah ke tak?

okay kawan kawan, untuk pengetahuan korang semua, seorang penterjemah tu ada syarat syarat yang perlu dipenuhi.

antaranya, dia perlu dan wajib yang tersangat lah wajib tahu tentang bahasa sumber dan bahasa sasaran. yelah, kalau taktahu bahasa sumber dan sasaran, macam mana nak translate dengan betul dan tepat kan?

moreover, penterjemah juga perlu tahu tentang topik dalam teks yang diterjemahkan tu tau.  contohnya, kalau teks tu tentang perubatan, haa penterjemah tu pun perlu ada pengetahuan tentang ilmu perubatan.  yelah, sebab kalau dia takde ilmu tentang perubatan, nanti tiba tiba dia translate perkataan diabetes tu kepada darah tinggi, tak ke sesat pembacanya nanti? 😅 haa nampak kan betapa pentingnya penguasaan tentang sesuatu topik tu?

okay next, teori-teori terjemahan pun perlu dikuasai oleh penterjemah tau! haa ingat mudah ke nak jadi translator? 😏 teori pun kena hafal tau!

selain ituu, penterjemah pun kena lah tahu sasaran pembacanya nanti.  contohnya kalau buku yang diterjemah tu disasarkan pada kanak-kanak, takleh lahh nak translate pakai ayat yang bombastik, bahasa tinggi tinggi, macam manaa adik adik tu nak faham? yee kann?

okay jadi rasanya semua dah faham dan tahu apa syarat syarat yang melayakkan seseorang untuk jadi penterjemah kan?

so, kita stop setakat ni dulu. next time kita jumpa lagi dalam entry yang lain okay?

bye semua, xoxo 💙💋

posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 2 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan