12. Macam mana nak terjemah puisi?

Hai kawan-kawan! Salam Aidilfitri.

Saya yakin semua tahu apa itu puisi. Tapi tak semua tahu macam mana nak terjemah puisi. Puisi ni bukan calang-calang orang yang boleh terjemah. Ada beberapa syarat yang mesti apabila nak terjemah puisi. Penterjemah tu haruslah melengkapkan diri dengan semua kelayakan yang perlu ada pada seorang penterjemah, memiliki bakat kepenyairan yang tinggi, tahu menikmati dan menghayati puisi sastera, meminati puisi dan lagi baik, kalau dia juga seorang penyair.

   Mengikut Andre Lafevere ada 7 cara untuk terjemah puisi iaitu terjemahan fonemik, literal, metrikal, berima, rangkap tanpa irama, dan interpretasi. Manakala Safa' Khalusi pula mengatakan ada 3 sahaja kaedah menterjemah puisi. Antaranya, terjemahan tafsiriyyah (parafrasa), terjemahan talkhisiyyah (precistranslation) dan terjemahan wazaniyyah (metrikal). Kedua-dua tokoh ini mempunyai pendapat yang berbeza, namun kesemua kaedah tersebut boleh digunakan. 

   Apa yang paling penting, sebelum menterjemah puisi, penterjemah perlu memahami dahulu puisi tersebut, menganalisis makna dan mesej yang ingin disampaikan, kemudian memilih kaedah yang sesuai dengan bakat dan kemampuannya. 

Sekian, terima kasih. 



        Post 12 by Hawa Najihah



Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan