8. Berapakah jenis terjemahan?

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Kita sambung pembelajaran kita pada hari ini. Cewahh... Kali ini  saya nak kongsi sikit tentang jenis terjemahan. Ada berapa ya jenis terjemahan? Secara umumnya jenis terjemahan terbahagi kepada dua iaitu Terjemahan Lisan dan Terjemahan Tulisan. Macam mana nak tahu dua jenis terjemahan ini? Kalau macam itu, jomlah kita mengenal ciri-ciri bagi dua jenis terjemahan itu.


Ciri-ciri terjemahan tulisan :
# Dilakukan secara bertulis. 
# Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang 
  dilakukan. 
# Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak. 
# Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak 
  menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.



      Ciri-ciri terjemahan lisan :   
   - Perlu berpengetahuan luas.
   - Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
   - Dikenal sebagai interpreter.
   - Perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari 
     pengalaman yang berterusan.
   - Selain menjadi penterjemah yang baik. perlu juga menjadi 
     pentafsir yang mahir.


Semua dah tahu bukan dua ciri jenis terjemahan ini? Bolehlah mula jadi penterjemah ye.. Hehehehe... Tak delah banyak lagi yang perlu kita belajar lagi sebenarnya. Bukan senang tau nak jadi seseorang penterjemah yang baik. Nanti saya sambung lagi. Terima kasih sebab sudi baca entri kali ini. Jumpa nanti.


    
Post 8 by Hawa Najihah.

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan