Macam Mana Nak Terjemah?

Assalamualaikum semua! 🙆

berjumpaa lagi kita dalam entry yang terbaru.

so, kali ni saya nak cerita tentang macam mana kita nak terjemahkan sesuatu.  haa kiranya macam dia punya proses lah senang cerita.

okay, first step bila kita dapat je teks sumber, kita kena lah analisis teks tu sampai betul betul faham.  time ni lah kita kena start dah cari cari makna perkataan dan sebagainya.

next, kita pindahkan pulak maklumat dan makna yang kita dah translate tadi tu kepada bahasa sasaran.  maksudnya, kalau sasaran pembaca kita orang cina, kita translate teks tu ke bahasa cina.

lepastu, bila dah pindahkan ke bahasa sasaran, haa time ni prosesnya dinamakan penstrukturan semula.  kita bentuk dan susunkan ayat tu mengikut struktur yang betul dalam bahasa sasaran.

dah selesai step penstrukturan semula, baru boleh periksa dan semak.  haa caranya, kita kena baca teks tu di depan pakar bidang untuk pastikan takde kesalahan istilah ke ejaan ke apa ke.

dan last sekali, proses suntingan.  ha suntingan ni katanya bukan lah termasuk dalam proses penterjemahan.  tapi dia sangat penting. nak tahu kenapa?  sebab, untuk kita buang apa apa bahan yang tidak diperlukan dan untuk seragamkan teks tu dengan teks teks terjemahan yang dah dibuat oleh orang lain.

jadi, inilah beberapa step yang perlu dibuat bila nak terjemahkan sesuatu teks.  harap semua boleh faham lah yaa 😉

and thats all daripada saya, see you guys again next time! xoxo 💙💋

posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 3 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan