Kaedah Terjemahan Part I

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya! 😇

Nak tanya, korang semua tahu tak tentang kaedah terjemahan?

Haa kalau korang taktahu, meh sini saya ceritakan sikit. 😋

Untuk kaedah yang pertama, namanya kaedah kata demi kata. Okay kaedah ni biasa digunakan untuk terjemahkan kitab-kitab suci, doa, mantera, jampi, puisi, dan teks teks lain yang terkandumg dalamnya kekuatan adikodrati yang sekiranya diterjemahkan secara bebas, hikmahnya akan hilang.

Kaedah ni mudah untuk dilakukan dan bahasa sumbernya tetap ketara. Dan, terjemahan kata demi kata ni dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Selain itu, ia lebih menekankan bentuk teks sumber dan bukanlah isinya.  Terjemahan menggunakan kaedah ini tidak dapat difahami dengan mudah kerana ia tunduk kepada tatabahasa bahasa sumber.

Jadi, catatan kaki dibuat untuk untuk jelaskan makna yang kabur. Tapi, penterjemah yang buat terjemahan menggunakan kaedah ni belum boleh dipanggil sebagai penterjemah, sebaliknya dipanggil sebagai seorang transformer.

Haa dah boleh faham kan tentang terjemahan menggunakan kaedah kata demi kata. Lain kali kita sambung pulak dengan kaedah yang lain, okay? Korang semua tunggu tau! 🙆

Thats all, xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 6 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan