Makna Perkataan (:

Hai Assalamualaikum.

Terima kasih kerana masih setia. huhu. Kali ni nak cerita pasal apa pula ye ? Hmm baiklah kita cerita pasal makna perkataan. Makna perkataan dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu posisinya dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur.

Jenis-jenis makna ada banyak. Jadi untuk memahami sesuatu makna itu, jenis-jenis makna perlu diketahui. Antaranya :
1. Makna rujukan 
2. Makna leksikal
3. Makna gramatikal
4. Makna konteks
5. Makna sosio-kultural
6. Makna konotasi
7. Makna emosi
8. Makna figuratif


Baiklah nak cerita sikit mengenai makna rujukan. Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna perkataan akan jadi kabur, samar atau tidak tepat. Namun, makna akan menjadi jelas apabilaada konteks. Makna sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu tanda sintaksis dan tanda semotaksis. Tanda semotaksis adalah perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringi kehadirannya.

Baiklah itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini. Eh rasanya ini entry terakhir. Semoga dapat bertemu kembali pada masa akan datang. InshaAllah. 


Bai 👋



Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 14•

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan