Terjemahan Kata Ganti Nama

Assalamualaikum dan hai semuanya! 🙌✨

Kali ni saya nak share pulak pasal terjemahan untuk Kata Ganti Nama. Haa menarik kan?

Okay kita tengok satu satu ehh. First, definisi. Kata ganti nama ni ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang. Contohnya, dia, saya dan kamu.

Saya akan ceritakan untuk dhamir yang basic je tau iaitu dhamir lil mutakallim, dhamir lil mukhathab dan dhamir lil ghaib.

Untuk dhamir lil mutakallim, dhamirnya ada 2 saja which are أنا dan نحن. Okay أنا bila diterjemahkan maksudnya ialah saya / aku / beta / patik / hamba, manakalah نحن pula ialah kami.

Next, untuk dhamir lil mukhathab, أنتَ bermaksud awak / kamu / anda / engkau bagi jantina lelaki. Manakala أنتِ membawa maksud yang sama, tetapi untuk jantina perempuan.

أنتما pun bawa maksud yang sama jugak sebenarnya, cuma bezanya pada bilangan pulak. Haa kalau tadi أنتَ أنتِ untuk seorang saja, jadi أنتما untuk 2 orang. Nak senang faham, kalau dalam bahasa Melayu kita sebut, awak berdua / kamu berdua.

Seterusnya dhamir ni pun bawak maksud awak jugak, cuma untuk bilangan 3 orang atau lebih. Haa dan dia ada beza jugak untuk jantina lelaki dan perempuan. Kalau lelaki kita sebut أنتم dan perempuan أنتنّ.

Okay last, untuk dhamir lil ghaib pulak. Untuk seorang lelaki, dhamirnya ialah هو, dan untuk seorang perempuan dipanggil هي. Tapi kalau 2 orang lelaki atau perempuan pulak, disebut هما. Manakala هم untuk 3 orang lelaki atau lebih, dan هنّ untuk bilangan yang sama jugak bagi perempuan pula.

So boleh bezakan tak semua dhamir ni? Hehe harapnya boleh lah yaa. Jadi itu saja. Tajuk lain nanti pulak ehh. Xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 10 -


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan