Jenis terjemahan menurut Robert Lado :))

Hai Assalamualaikum !

Baiklah hari ni nak bongsi sikit pasal jenis terjemahan menurut salah seorang sarjana iaitu Robert Lado. Menurutnya, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan faktual dan terjemahan sastera. Apa bezanya ? Nak tahu ? Jom saya ceritakan :)


Terjemahan faktual ni adalah terjemahan yang memindahkan maklumat dalam bentuk fakta. Contohnya, terjemahan buku, surat khabar, surat rasmi, ubat-ubatan dan sebagainya. Untuk terjemahan fakta ni kena ringkas, sederhana, wajar dan tak mengelirukan. Kalau susah-susah nanti tak faham pula pembaca kan ? Lagipun, terjemahan yang mengelirukan ni bukan sahaja boleh menyesatkan pembaca tapi boleh membawa kemudaratan kepada pembaca juga.


Seterusnya, terjemahan sastera. Terjemahan sastera ini dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan. Contohnya, terjemahan prosa, puisi, drama, epera, filem dan sebegainya. Terjemahan ini sering kita dengar dilakukan oleh penterjemah bukan ? Terjemahan sastera ni sama dengan isi teks asal, bentuk pengungkapannya dan kesan daripada teks tersebut juga mestilah sama. Selain itu, terjemahan ini mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemaknaan bahasa sumber. Hal ini akan menyebabkan sekiranya berlaku kesilapan terjemah, pembaca tidaklah terlalu keliru dan memudaratkan. 

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kita jumpa dalam entry seterusnya. Jumpa lagi :))


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 5•

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan