Macam Mana nak Terjemah Kata Nama Khas ek?

Hai, Assalamualaikum ! 


Yeay bertemu kembali kita 😊 Jadi, kali ni nak cerita pasal apa pulak eh ? Oh ya la tengok tajuk la kan. Kita kongsi pasal terjemah Kata Nama Khas atau disingkatkan jadi KNK ni pulak. Jom baca !


Tahu tak Kata Nama Khas tu macam mana ? Kata Nama Khas tu merujuk kepada nama yang khusus seperti orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya. Kata Nama Khas ni huruf pertamanya mesti ditulis dengan huruf besar. Haa kalau nampak ada perkataan kat tengah-tengah ayat tetiba huruf pertamanya huruf besar tu maksudnya Kata Nama Khas la tu. Senang je kan nak tahu Kata Nama Khas tu macam mana. 


Jadi, macam mana nak terjemahkan Kata Nama Khas ni ? Tengok macam mudah je kan ? Tapi sebenarnya nak terjemahkan Kata Nama Khas ni susah juga. Kenapa ? KNK ni tak ada makna dia yang tersendiri, terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. KNK ni juga biasanya merujuk kepada fungsi dan maknanya yang tertentu. 


Untuk menterjemah KNK ini, terdapat tiga cara khas iaitu mengekalkan kata nama asal, menggantikan kata nama asal dengan kata lain dan menggugurkan terus kata nama itu. Cara yang pertama itu bermaksud tidak diterjemahkan langsung perkataan Kata Nama Khas tersebut. Terus diambil daripada bahasa asal. Yang kedua, menggantikan kata nama asal dengan kata lain bermaksud menterjemahkan KNK dengan menggunakan teknik pinjaman terjemahan, pinjaman campuran dan lain-lain. Manakala cara yang ketiga adalah dengan menggugurkan terus kata nama itu. Ini bermaksud, KNK tersebut tidak dimasukkan ke dalam teks terjemahan. 


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi !


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 4•

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan