Layak ke Kita Menterjemah ?

Assalamualaikum dan haiiiiii 😇

Okay nak kongsi sikit ni pasal sapa yang boleh jadi penterjemah. Bukan senang tau nak jadi penterjemah. Ada syarat-syarat dia jugak. Bukan setakat tahu dua bahasa dah boleh jadi penterjemah. Oh tidak semudah itu. Okay kalau nak tahu jum la baca !


Okay yang pertama sekali, mesti tahu bahasa sumber. Yang ni mesti la kan. Kalau tak tahu bahasa sumber macam mana nak faham kan. Okay seterusnya kena tahu bahasa sasaran. Maksudnya kat sini kena tahu la kita nak terjemah ke bahasa apa. Contohnya, kita nak terjemah ke bahasa Inggeris tapi kita tak tahu bahasa Inggeris, tak jadi la terjemahan tu kan. Selain itu, kena tahu juga topik atau subjek yang nak terjemah tu. Maksudnya kita kena ilmu tentang apa yang kita nak terjemahkan tu. Kalau kita takde ilmu, kita tak faham, orang sasaran kita pun takkan faham nanti. Seterusnya, sebagai seorang penterjemah, dia juga kena tahu tentang teori terjemahan. Terjemahan ni ada teori ada cara dia tersendiri. Kita tak boleh terjemah membabi buta je bak kata orang. Okay akhir sekaliiiii, kita kena tahu la sasaran atau khalayak pembaca kita tu. Kalau kita tak tahu, tak guna la kita punya terjemahan tu. Siapa nak baca ye dakk ?


Banyak je lagi syarat-syarat untuk jadi penterjemah ni. Tapi yang lima ni adalah yang utama. Nak cerita banyak-banyak nanti jadi panjang, orang malas baca pulak kan. hehe. So cukup takat ni je la. Kalau ada yang rasa cukup syarat-syarat ni boleh la menceburkan diri dalam bidang penterjemahan ni. Boleh buat duit tau. Hehehe. 


Okay la saya undur diri dulu. Byeeeee jumpa lagiiiiii.


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 3• 

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan