Entry 13: Kaedah Terjemahan Al-Quran

Assalamualaikum :)

Sebenarnya, ada 2 bahagian. tapi saya mampu kongsi sikit-sikit je, hehehe.

Terjemahan bermaksud mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama.

Penterjemahan Al Quran di Malaysia ini:-

1. Terus dilaksanakan hingga ke hari ini.
2. Penting kepada umat Islam yg tidak tahu berbahasa Arab.
3. Digunakan sebagai alat bantu untuk memahami makna-makna al-Qur’an.
4. Cara berdakwah yang efektif.
5. Menyumbang kepada perkembangan Islam.

Hukum Terjemah Al-Quran mempunyai khilaf:

HARUS:

1. Antara ulama yg mengharuskan ialah al-Zarqani, al-Shatibi, dan al-Zamakhshari.
2. Dalil dan hujah mereka ialah:
          *Al-Qur’an merupakan sumber rujukan – perlu diterjemahkan agar boleh  difahami oleh bangsa lain.
           *Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Qur’an, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.

HARAM:

1. Antara ulama yang mengharamkan terjemahan al-Qur’an ialah Manna` Qattan dan Rashid Rida.
2. Hujah mereka ialah:
     *Al-Qur’an tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa Arab.
     *Al-Qur’an dan susunannya adalah mu’jiz. Jadi, sudah tentu ia tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain.
     *Terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap terjemahan itu adalah al-Qur’an.
      *Rasulullah dan para sahabat ketika menyeru bangsa lain agar menganut Islam tidak pernah menterjemahkan al-Qur’an.
      *Konflik muncul daripada perkataan terjemahan itu sendiri.
      *Adakah ia terjemahan harfiyyah atau terjemahan tafsiriyyah

Terdapat lagi sambungan tentang Syarat Terjemah dan sebagainya. Namun, hanya ini sahaja yang saya sempat kongsikan.

Wallahu'allam

Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan
Post: 13

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan