Terjemahan Frasa :')

Assalamualaikum semua 🌸

Yeay jumpa lagi. Hihi. Okay hari ni nak cerita pasal apa ye ? Tengok tajuk la kan. Baiklah hari ni nak cerita sikit macam mana nak terjemahkan frasa. Nak tahu tak ? Ok jom baca.


Frasa ni ada banyak tau. Jenis frasa adalah frasa idiomatik, tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal wa Mubdal minhu da 'Ataf wa Ma'tuf Alayh. Jom saya bagitahu macam mana nak terjemah frasa-frasa ni.

1. Tarkib Wasfi (Sifat wa Mausuf)

Kaedah untuk terjemahkan Tarkib Wasfi ni adalah boleh ditambah perkataan 'yang' atau digugurkan sahaja. Contohnya, البيت الكبير  boleh diterjemahkan kepada 'rumah yang besar' ataupun 'rumah besar'. Sekiranya sifat itu lebih daripada satu, boleh ditambah perkataan 'dan' atau 'lagi'.


2. Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh)

Bagi Tarkib Idafi pula, kaedah menterjemahnya adalah boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun. 

3.  Ataf dan Ma'tuf Alayh

Frasa ni dapat difahami sebagai golongan dua kata atau lebih secara sejajar dan dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Jadi, untuk terjemahan frasa ini tidak ada masalah besar. Hanya terjemahkannya seperti biasa.

4. Badal wa Mubdal minhu

Cara untuk menterjemahkan Badal wa Mubdal minhu ni pula dengan mengikut perkataan yang sesuai dengan istilah bahasa Melayu. Contohnya, سرّني الشارع نظافته  diterjemahkan menjadi 'kebersihan jalan itu membuatku gembira'.

5. Taukid

Kata نفس وعين diterjemahkan kepada  sendiri , كل  diterjemahkan kepada masing-masing,  جميع  وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya atau kesemuanya.


6. Frasa Idiomatik

Bagi frasa idiomatik, ia tidak boleh diterjemahkan secara ketawa. Jika diterjemahkan secara ketawi, terjemahannya akan menjadi janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.


Semoga bermanfaat :))



Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 7•


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan