Imperatif ?

Eh jumpa lagi hehe. Hai Assalamualaikum semuaaaa !

okay entry lepas lepas ada cakap nak cerita pasal jenis ayat kan ? Okay satu jenis saya dah cerita. Jom kita masuk jenis yang kedua pulak. Haa tengok tajuk atas tu. Imperatif ? Apa tu ? Imperatif tu maksudnya ayat arahan. Mudah je kan tapi nama bukan main. haha. Okay jom sembang pasal ayat arahan ni.


Hmm nak sampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah ni ada caranya tersendiri. Contohnya, ayat 'Can you open the door, Maria?' nampak seperti ayat soalan atau pertanyaan kerana mempunyai tanda soal. Tetapi hakikatnya ayat tersebut adalah ayat suruhan. Jadi terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'Tolong bukakan pintu itu, Maria' dan bukanlah 'Bolehkan awak buka pintu tu, Maria?'. Wahhh. jadi kena fahamlah maksud ayat tu yang sebenarnya.


Ayat arahan ni merupakan jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Ayat ni terdapat dalam pelbagai jenis dokumen. Yang sering kita lihat sebenarnya pada manual barangan pengguna, buku resepi, label pada ubat dan banyak lagi. Jenis ayat arahan ni ada banyak. Jom saya senaraikan.

1. Ayat perintah.
2. Ayat suruhan.
3. Ayat larangan termasuk tegahan.
4. Ayat panduan.
5. Ayat amara termasuk ancaman.
6. Ayat undangan.
7. Ayat silaan.
8. Ayat ajakan.
9. Ayat gesaan.
10. Ayat tawaran.
11. Ayat peraturan. 

Haa banyak kan ? Semua ayat ni termasuk dalam jenis ayat arahan la. Dapat la tambah ilmu sikit kan. Sebelum ni tak tahu pun semua ayat ni termasuk dalam ayat arahan kan. Alhamdulillah pengetahuan baru. Okay la tu je nak kongsi. Jumpa dalam entry seterusnya. 

Bye :')


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 11•






Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan