Terjemahan menurut Roman Jacobson :))

Hai Assalamualaikum !

Pada entry lepas saya telah kongsikan jenis terjemahan menurut Robert Lado. Jadi pada entry kali ini saya akan kongsikan tentang terjemahan menurut seorang lagi sarjana iaitu Roman Jacobson. Menurut Jacobson, terjemahan terbahagi kepada tiga iaitu intralingual, interlingual dan intersemiotik. Wahh apa tu ? Meh baca bawah :)


Terjemahan intralingual ini dilakukan dalam satu bahasa sahaja dan berkenaan satu bahasa sahaja. Ini bermaksud penterjemahan jenis intralingual adalah terjemah variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu. Contohnya seperti dialek ke dialek yang lain, dialek ke bahasa baku atau sebaliknya, bahasa kasar ke bahasa halus dan sebagainya.


Seterusnya, terjemahan interlingual adalah terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain. Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering dilakukan oleh para penterjemah. Contohnya menterjemah daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab, bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan sebagainya.


Akhir sekali adalah terjemahan intersemiotik. Terjemahan intersemiotik adalah  menterjemah suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam satu bahasa atau bentuk lain. Terjemahan ni merupakan terjemahan yang sering kita lihat dan perlu difahami. Contohnya seperti pergerakan tangan polis trafik, terjemahan kod-kod tertentu dan macam-macam lagi. Bentuk sistem simbol dan sistem tanda ini perlu diterjemahkan agar dapat difahami oleh semua orang.


Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi !


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 6•






Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan