Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

Hai semua! Jom sambung study kita! 😋

Haa harini nak cerita pasal terjemahan frasa pulak. Di mana frasa terbahagi kepada 6 jenis. Haa banyak kan? Tapi kali ni saya nak share untuk satu jenis frasa sahaja yang bernama, Tarkib Wasfi iaitu frasa yang terdapat sifat padanya atau nama lainnya, sifat wa mausuf.

Okay kaedah terjemahan bagi tarkib wasfi ialah, ia boleh ditambah perkataan "yang" atau digugurkan sahaja.

Contohnya:
1. السلطان التقليدي : Kekuasaan tradisional
2. البيت الكبير : Rumah (yang) besar

Sekiranya dalam tarkib wasfi tu ada lebih dari 1 sifat, jadi perkataan "dan" atau "lagi" boleh ditambah.

Contohnya:
1. عدل كامل شامل : Keadilan yang sempurna (dan) / (lagi) menyeluruh.
2. اللّه الملك الحق : Allah yang Maha Berkuasa (dan) / (lagi) Maha Benar.

Haa boleh faham dah kan? Haha 😇 jadi itu saja, kita sambung lain kali yaa. Xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 11 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

11. Kata Kerja Imbuhan