Ayat Maklumat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! 😎

Macam mana nak terjemah ayat maklumat? Haa jom kita tengok sama sama.

Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Ia paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan atau tulisan. Fungsinya adalah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat pulak untuk memberitahu sesuatu.

Ayat maklumat pun ada banyak jenis tau. Ada ayat perisytiharan, makluman, pengumuman dan pemberitahuan. Pastu ada jugak ayat pernyataan, contohnya "Ada virus dalam komputer".

Ayat takrifan pun ada. Sebagai contoh, "Angin ialah udara yang bergerak"

Selain tu, ayat tegasan contohnya "Benar bahawa manusia mempunyai roh".

Haa ada banyakk lagi sebenarnya jenis jenis ayat maklumat. Tapi ini saja yang saya share yaa. 😊

Itu saja daripada saya. Xoxo 💙💋

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 13 -

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan