13. Jom Kenal Nida Tokoh Terjemahan!

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu!


 Siapakah tokoh seperti nama di atas? Kalau nak tahu, beliau ialah seorang tokoh penterjemah yang terkemuka. Setiap teori yang diasas oleh beliau digunakan sehingga sekarang terutama dalam kuliah pembelajaran saya. Jom kita kenal dengan lebih lanjut siapa beliau.

Eugene Nida merupakan salah seorang tokoh penterjemah yang terdapat di dunia ini. Beliau dilahirkan pada 11 November 1914 di Okhlahoma City, Okhlahoma. Ia mulai mempelajari bahasa Latin di bangku sekolah lagi. Keinginannya itu untuk menjadi kenyataan semakin dekat apabila beliau meraih gelar kesarjanaan dalam bidang bahasa Yunani pada tahun 1963 dari University of California di Los Angeles dengan menyandang gelaran "summa cum laude". Setelah itu, Nida melanjutkan pelajarannya ke Summer Institute of Linguistics (SIL) dan menemukan karya-karya ahli bahasa seperti Edward Sapir dan Leonard Bloomfield. Nida kemudian meraih gelaran Doktor dalam bidang bahasa Yunani di University of Southern California. Pada tahun 1941, beliau cuba untuk mendapatkan Ph.D. dalam bidang ilmu bahasa di University of Michigan dalam masa dua tahun. Pada tahun 1943, Nida memulakan kerjayanya sebagai penterjemah dengan American Bible Society.

                              Nida merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6 aspek penting dalam penterjemahan : penyalinan semula maklumat; persamaan bukan keserupaan; persamaan yang bersahaja; persamaan terdekat; keutamaan makna dan kepentingan gaya.


Post 13 by Hawa Najihah

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan