14. Konsep Padanan

Assalamualaikum. Sihat ke semua?

Nak cerita pasal apa ya hari ni.... Ada cadangan tak? Hmm...saya rasa nak kongsi tentang apa itu konsep padanan. Padanan  sangatlah penting dalam terjemahan. Sebab apa?  Penting untuk pastikan makna asal bahasa sumber itu dapat disampaikan kepada pembaca teks sasaran. Kalau salah padanan, maka salah terjemahan. Mudah sahaja hendak menterjemah apabila kita faham konsep padanan itu sendiri. 


1.  Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.

2. Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.

3. Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada  pencarian padanan dalam proses penterjemahan.

4.  Untuk menerangkan konsep ini, pelbagai istilah digunakan untuk menunjukkan tiada persepakatan dan persetujuan antara mereka.

5.   Kesetaraan adalah salah satu isu utama dalam teori terjemahan dan namun linguistik seperti ini sepakat untuk tidak setuju.

Baiklah saya rasa semua sudah jelas dengan konsep padanan. Saya minta diri dulu. Jumpa lagi lain kali. Minta maaf atas kekurangan.


Post 14 by Hawa Najihah


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan