Terjemahan Unsur Budaya

Hai semua! πŸ™‹

Tajuk kita kali ni best tau! Jom tengok sama sama, rugi kalau tak fokus ni πŸ˜‹

Okay, apa itu terjemahan budaya? Haa terjemahan budaya ialah terjemahan yang bermutu tinggi yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Jadi, unsur unsur budaya asal wajib dikekalkan.

Okay budaya dibahagikan kepada 4. And the first one is budaya Ekologi. Ia ialah ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu.

Contoh perbezaan budaya arab dan melayu, kalau budaya Arab ekologinya kering, berbatu batan, berpadang pasif dan terdapat musim sejuk. Manakala budaya Melayu hutan tropika, pemandangan hijau, taburan hujan tinggi dan banjir yang besar.

Selain itu, terdapat pokok yang terdapat di Tanah Arab tapi tidak dikenali di Malaysia contohnya Ψ§Ω„ΨΊΩ„Ψ―. Manakala pokok di Malaysia yang tidak dikenali di Tanah Arab contohnya durian, manggis dan rambutan.

Next, budaya sosial yang berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat. Contohnya nama bagi pakaian, kenderaan, lauk pauk, bentuk seni dan sebagainya. Sebagai contoh, perkataan pulut kuning yang tidak dikenali di Tanah Arab.

Seterusnya budaya ideologi. Iaitu berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya hal hal macam ni lebih rumit untuk diterjemahkan sebab melibatkan emosi.

Jadi macam mana nak terjemahkan unsur unsur budaya ni?

Haa caranya mudah je. 
1. Unsur budaya dikekalkan.
2. Unsur budaya disesuaikan semula.
3. Unsur budaya dihilangkan.
4. Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.

Haaa selesai sudah sharing session saya untuk kali ni. Buat pengetahuan korang semua, ini lah entry saya yang terakhir 😒 Tapi takpe ada masa lagi nanti saya update lagi okay!

Apa apa pun, mohon doakan kemudahan dan kejayaan untuk saya dan kawan kawan yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Sem 2 ni yaa. Lagi lagi untuk subjek TAMA ni 😁

Jadi itu sahaja daripada saya untuk kali yang terakhir. Kalau ada salah dan silap dalam saya berkongsi ilmu ni, harap dapat dimaafkan πŸ˜‡ Okay lah, byee πŸ™‹ Xoxo πŸ’™πŸ’‹

Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini
- Entry 14 -

Comments

Popular posts from this blog

Kata Nama Khas: Nama Tempat, Bandar & Negara

13. Jom Kenal Nida Tokoh Terjemahan!

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi