Entry 14: Terjemahan Teks Sastera.

Assalamualaikum,

Memandangkan tiada kuliah akhir dijalankan, saya hanya mengambil sedikit maklumat dari bahan yang dr beri dalam laman ifolio.
Sedikit sebanyak yang saya peroleh adalah berkenaan dengan terjemahan teks sastera.


Definisi bagi teks sastera adalah sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. (Lalita Sinha & Siti Aminah Hamdan 1994: 892)

Sastera ini terdiri daripada syair, pantun, puisi dan sebagainya.

Ciri-ciri Bagi Penterjemah Puisi Yang Baik:

* Melengkapkan diri dengan semua kelayakan yang perlu ada pada seorang penterjemah.
* Memiliki bakat kepenyairan yang tinggi.
* Mengetahui menikmati dan menghayati puisi – karya sastera.
* Seseorang yang meminati puisi.
* Ianya lebih baik, kalau dia juga seorang panyair.

KAEDAH TERJEMAH PUISI:

1. Terjemahan fonemik (Phonemic translation): kaedah ini cuba mencipta kembali bunyi yang terdapat dalam teks asal ke dalam teks sasaran, dan pada masa yang sama cuba menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima.
2.  Terjemahan literal (Literal translation): teks asal diterjemahkan secara kata demi kata yang mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik, malah isi dan sintaksis asal juga turut terpesong.
3. Terjemahan metrikal / polairama (Metrical translation): kriteria utama dalam kaedah ini ialah mencipta semula metre puisi asal dalam puisi terjemahan. Andre Lefevere menyimpulkan bahawa kaedah ini sama sahaja dengan kaedah literal, iaitu ia menfokuskan satu aspek sahaja sedangkan banyak lagi aspek lain yang perlu diberi perhatian.
4. Terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima (Blank verse translation): Mengikut kaedah ini, penterjemah akan menterjemahkan teks asal ke bentuk rangkap tanpa rima, iaitu ke bentuk sajak bebas. Penterjemah akan berhadapan dengan masalah mencari atau memilih struktur yang sesuai. Walau bagaimanapun, tahap ketepatan terjemah adalah lebih tinggi.
5. Interpretasi (Interpretation).  

Hanya ini sahaja yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi kaedah terjemah puisi ini.

Wallahu'allam

Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan
Post: 14






Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan