Entry 12: Apa itu Laras Bahasa ?

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsi tentang apa itu laras bahasa.

Laras Bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. (Nik Safia)


Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Seterusnya,
bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran.

Contoh:

*Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana dan sultan.
*Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan mahasiswa/i.
*Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan.


Wallahu'allam

Posted by: Raudhatul Jannah Binti Dahalan
Post: 12

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan