Informatif ?

Assalamualaikum. Jumpa lagi ! Hehe.


Informatif ? Apa tu ? Haha. Informatif tu nama lain dia adalah ayat maklumat. Nampak macam susah kan perkataan tu tapi maknanya mudah je kan. Okay la jum saya cerita pasal ayat maklumat ni. Baca tau jangan tak baca.


Untuk terjemahkan ayat maklumat ni adalah yang paling mudah sekali. Ayat ni juga yang paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Tujuan ayat maklumat ni untuk memberitahu sesuatu. Fungsi penting ayat maklumat atau informatif ni adalah sebagai penghantar sesuatu maklumat.

Ayat maklumat ni ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tau. Hehehe. Jom saya bagitahu semuanya.

1. Ayat pengisytiharan, makluman, pengumuman, pemberitahuan.
2. Ayat pernyataan.
3. Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan.
4. Ayat tegasan.
5. Ayat persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
6. Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan dan tentangan.
7. Ayat sangsian termasuk keraguandan prasangka.
8. Ayat tanyaan termasuk soalan.
9. Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
10. Ayat sudut pandangan.
11. Ayat syaratan.
12. Ayat cerita termasuk pemerian.
13. Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.


Wow banyak kan ? Nampak ayat tu macam biasa tapi dia ada bentuk dan fungsinya seniri. Tapi jangan risau. Ayat maklumat ni kan paling mudah nak terjemah. Boleh la cuba terjemah mana-mana ayat. Heheh.

Okay la jumpa dalam entry seterusnya ! Bye :)


Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 10•

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan