Konsep Padanan menurut Nida :)

Assalamualaikum dan hai 😊

Baiklah pada kali ini saya hendak berkongsi tentang padanan terjemahan pula. Konsep padanan adalah mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Dalam teori terjemahan, mencari padanan merupakan masalah paling utama. Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan. 


Seterusnya, saya mengambil konsep padanan terjemahan menurut salah seorang sarjan iaitu Nida. Menurut Nida, terdapat dua jenis padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis. Padanan formal adlah penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi ecara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Melalui padanan ini, pneterjemah akan mengembalikan semula elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa asal.

Padanan dinamis pula mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Dengan itu, penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal. Padanan ini lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran. Tujuan utama padanan ini adalah menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya. Perkara yang amat dipentingkan dalam padanan ini adalah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.

Sekian sahaj perkongsian pada kali ini. Jumpa lagi dalam entry seterusnya :))



Post by : Aisah Binti Masdar
• entry 13•

Comments

Popular posts from this blog

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan