Entry 3: Kamus banyak bantu !



Assalamualaikum, eh rasa macam tak boleh move on lagi dengan muaskar lughawi ni ! hehehe.

Dr ajar pasal alat terjemahan. contohnya KAMUS !

Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

Apa yang saya faham la hehehe.

kelas tadi Dr. Maheram tanya pasal seronok tak kem ? semua jawab seronok 😁

lepastu belajar semua, semua apa lagi buat muka ngantuk hahahaha.

waktu nak habis kelas tiba-tiba Dr cakap " saya nak buka kelas tutorial ya "

ha sudah, sebab semua ingat tutorial hanya dalam ifolio je. dah semua muka barai je dengar. sebab dah pakat nak kosongkan hari isnin !

apa lagi berlari lintang pukang nak daftar, alhamdulillah tak dapat hari isnin. tutorial buat kat makmal bahasa.

rasa terimbau balik kenangan dekat sekolah dulu, pergi makmal on komputer lepastu update status kat facebook, kah !

tutorial pun bincang bahan dalam ifolio, Dr memudahkan kerja kami nak buat assignment, alhamdulillah, syukran Dr ! 😊

Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan
Post: 3

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan