Posts

Showing posts from April, 2019

Entry 10: Apa itu Laras Bahasa ?

Assalamualaikum, apa yang saya dapat adalah: Definisi Bahasa: 1- Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. 2- Alat perhubungan dan komunikasi. 3- Alat untuk menyatakan perasaaan, melahirkan keinginan dan sebagainya. 4- Bahasa mempunyai sistem yang heterogen. Ragam Bahasa: Terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras. Laras Bahasa: Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Wallahu'allam 😊 Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan Post: 10

Entry 9: Unsur Budaya Dalam Terjemahan

Assalamualaikum ! Apa itu unsur budaya ? Bahasa sumber dan bahasa sasaran merupakan dua bahasa yang berbeza, baik dari segi sistem kebahasaan, seperti sistem nahu, morfologi, fonetik dan fonologi, dan semantik, mahupun aspek yang melibatkan budaya. Budaya berasal drp bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’. disebut sebagai ‘culture’, yang berasal dari Latin iaitu‘Colere’, yang membawa maksud ‘mengerjakan’, atau dengan lebih jelas ia bermaksud ‘bertani SIFAT KEBUDAYAAN - Dipelajari oleh anggota masyarakat.  - Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.  - Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.  Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan Post:9

5. Unsur Budaya

Assalamualaikum wbt friends. Nak tahu satu cerita tak? Minggu lepas bersamaan 23 April menjadi satu hari bersejarah bagi saya sebab kena buat pembentangan depan satu kelas.  Maaf atas segala kekurangan. Menurut Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan, kemajuan dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain. Sebagaimana yang kita tahu, setiap bangsa mempunyai unsur budaya yang berbeza. Begitulah juga budaya yang terdapat dalam bangsa Melayu dan bangsa Arab. Budaya yang berlainan itu menjadi satu kesukaran kepada seseorang yang ingin menterjemah setiap unsur budaya itu. Unsur-unsur budaya dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu budaya ekologi, budaya sosial, budaya ideologi dan budaya material. Setiap unsur ini berkait antara satu sama lain. Dalam meng

4. Apa itu fungsi ayat?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kuliah terakhir hari tu Dr Maheram ajar tentang terjemahan fungsi ayat. Tapi apa sebenarnya fungsi ayat tu? Fungsi ayat itu satu teori penting yang perlu ditekankan dalam menterjemah ayat. Sesuatu ayat yang dikeluarkan oleh seseorang boleh membawa kepada maksud lain.  Contohnya: Siapa kata saya penakut? Bila tengok ayat ni nampak seperti ayat tanya tetapi sebenarnya ia berfungsi untuk mencabar seseorang.  Fungsi ayat juga ditentukan oleh makna ayat itu sendiri di mana ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif). Ketiga-tiga jenis ayat ini pula ada beberapa pecahan. Kalau nak tahu lebih lanjut pecahan tersebut, bolehlah buat kajian sikit ye. hehehe....Saya rasa tu je kali ni. selamat berehat kawan-kawan. Post 4 by Hawa Najihah

Entry 7: Fungsi Terjemahan ?

Assalamu'alaikum semua ! 🖐 Pelbagai yang saya pelajari dalam kuliah ini, saya ingin kongsi sikit: TERJEMAHAN Menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ). tadi ada member kelas bersin, lepastu Dr cakap kalau lebih 3 kali, kena baca ta'awwuz. sebab takut penyakit. Minta Allah hindarkan. yang paling penting jangan tahan bersin, nanti penyakit tak keluar. Sedikit info dalam kelas harini Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan Post: 7

3. Macam mana nak jadi penterjemah yang baik?

                                           Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar banyak perkara yang saya sudah belajar dari kuliah Terjemahan atau nama singkatannya TAMA.   Perkara yang paling penting adalah berkaitan kelayakan penterjemah. Adakah semua penterjemah sudah berjaya menjadi penterjemah yang baik? Apakah syarat utama yang perlu digariskan untuk menjadi penterjemah?              Melalui penulisan kali ini, saya akan kongsikan bagaimana cara untuk melayakkan seseorang menjadi penterjemah yang baik. Pertama, para penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam iaitu bahasa asal sebelum diterjemah sesuatu istilah. Kedua, penterjemah harus mengetahui bahasa sasaran di mana bahasa tersebut lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber. Seterusnya, mengetahui bidang atau subjek yang ingin diterjemah bagi menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.                                      Di samping itu, seseorang penterjemah yang baik mestilah

2. Kata Ganti Nama

Assalamualaikum semua. Rasa dah lama sis tak bukak blog ni... Baru ada kesempatan nak menulis. Huhuhu....Nak 'campak balik' sikit boleh? Teringat waktu kelas tuto TAMA hari last sebelum cuti hari tu. Dr Maheram ajar tentang Kata Ganti Nama. Rupanya penting juga tajuk ni dalam menterjemah lagi-lagi terjemah ke Bahasa Arab.                   Sebelum itu, saya mahu beritahu apa itu Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama adalah k ata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu. Dalam tajuk ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kata ganti nama arab dan kata ganti nama melayu.   Kata ganti nama arab: - Mudhakkar (lelaki) - Mu'annath (perempuan)                  Kata ganti nama melayu:          - KGN Diri - KGN Tunjuk Setiap kata ganti nama ini akan diterjemah mengikut padanan yang sesuai bagi kedua-dua bahasa. Terjemahan dibuat berdasarkan bilangan dan jantina yang sepa

Peribahasa Arab ke Melayu ?

Image
Assalamu'alaikum, Banyak benda saya dapat harini: PERIBAHASA ARAB : Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah: قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة. (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu). Harini Dr cerita pasal 'Susu dibalas Tuba'. Tahu tak tuba tu apa ? Tuba tu sejenis racun. Pada zaman dahulu, ada seorang Raja meminta kontraktor untuk bina istananya dengan cantik dan besar. Lalu, apabila selesai istana yang dibina, ia kelihatan cantik dan sangat besar. Namun begitu, Raja itu sangat takut ada yang meniru kecantikan dan ukiran istananya itu. Raja berfikir pelbagai cara, dan akhirnya dia telah menolak kontraktor istana itu jatuh daripada bangunan dan dia pun mati. Raja itu berasa lega kerana tidak ada lagi orang yang akan mengupah kontraktor itu untuk membina istana yang sama seperti

Entry 6: Cuti (KATA GANTI NAMA)

Image
Maksud kata ganti nama adalah Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu. أنا أحترم الكبير Padanan أنا : saya, aku, beta, patik, hamba Terjemahannya: Saya (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Aku (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Beta (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Patik (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Hamba (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. نحن نحترم الكبير Kami (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Kita (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.  Ini adalah contoh untuk penggunaan أنا & نحن sahaja. minggu ni cuti, Dr balik kampung. jadi kami menyibukan diri dengan latihan KPD , ramai juga yang datang sokong untuk NAHDAH. kami guna tagline #NahdahBangkit. Seronok tengok Nahdah Bangkit semula. Tahun depan kami akan pastikan Nahdah dapat no 1. hehehe. Apa-apa pun. kami bersyukur sebab dapat paling