2. Kata Ganti Nama

Assalamualaikum semua. Rasa dah lama sis tak bukak blog ni... Baru ada kesempatan nak menulis. Huhuhu....Nak 'campak balik' sikit boleh? Teringat waktu kelas tuto TAMA hari last sebelum cuti hari tu. Dr Maheram ajar tentang Kata Ganti Nama. Rupanya penting juga tajuk ni dalam menterjemah lagi-lagi terjemah ke Bahasa Arab. 
                
Sebelum itu, saya mahu beritahu apa itu Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu. Dalam tajuk ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kata ganti nama arab dan kata ganti nama melayu.


  Kata ganti nama arab:

- Mudhakkar (lelaki)
- Mu'annath (perempuan)
         
       Kata ganti nama melayu:        
- KGN Diri
- KGN Tunjuk



Setiap kata ganti nama ini akan diterjemah mengikut padanan yang sesuai bagi kedua-dua bahasa. Terjemahan dibuat berdasarkan bilangan dan jantina yang sepadan. Sekian ini sahaja entry saya pada hari ini.                  

                            


Post 2 by Hawa Najihah

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan