Entry 6: Cuti (KATA GANTI NAMA)


Maksud kata ganti nama adalah Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu.

أنا أحترم الكبير
Padanan أنا : saya, aku, beta, patik, hamba
Terjemahannya:
Saya (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Aku (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Beta (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Patik (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Hamba (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.


نحن نحترم الكبير
Kami (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Kita (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. 

Ini adalah contoh untuk penggunaan أنا & نحن sahaja.
minggu ni cuti, Dr balik kampung. jadi kami menyibukan diri dengan latihan KPD , ramai juga yang datang sokong untuk NAHDAH. kami guna tagline #NahdahBangkit. Seronok tengok Nahdah Bangkit semula. Tahun depan kami akan pastikan Nahdah dapat no 1. hehehe. Apa-apa pun. kami bersyukur sebab dapat paling banyak pingat. cuma kami kekurangan emas. Perbarisan Nahdah paling cantik di mata saya walaupun saya takdapat datang waktu tu. Bagi saya, Nahdah patut juara siap ada harimau.  Tapi takpe, Nahdah tetap dihatiku ! Majulah sukan untuk Nahdah !
#NahdahBangkit !

Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan
Post: 6

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan