Peribahasa Arab ke Melayu ?


Assalamu'alaikum,

Banyak benda saya dapat harini:

PERIBAHASA ARAB :

Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:
قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة.
(kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).

Harini Dr cerita pasal 'Susu dibalas Tuba'.

Tahu tak tuba tu apa ? Tuba tu sejenis racun.

Pada zaman dahulu, ada seorang Raja meminta kontraktor untuk bina istananya dengan cantik dan besar.

Lalu, apabila selesai istana yang dibina, ia kelihatan cantik dan sangat besar.

Namun begitu, Raja itu sangat takut ada yang meniru kecantikan dan ukiran istananya itu.

Raja berfikir pelbagai cara, dan akhirnya dia telah menolak kontraktor istana itu jatuh daripada bangunan dan dia pun mati.

Raja itu berasa lega kerana tidak ada lagi orang yang akan mengupah kontraktor itu untuk membina istana yang sama seperti istananya.

sedih kan ?

kesimpulannya, kita patut membalas jasa baik orang yang sudah berbuat baik dengan kita. janganlah kita berdendam dan berbuat jahat kepadanya kerana setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah SWT, Wallahu'alam 😊

Posted by: Raudhatul Jannah binti Dahalan
Post: 6

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan