4. Apa itu fungsi ayat?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kuliah terakhir hari tu Dr Maheram ajar tentang terjemahan fungsi ayat. Tapi apa sebenarnya fungsi ayat tu? Fungsi ayat itu satu teori penting yang perlu ditekankan dalam menterjemah ayat. Sesuatu ayat yang dikeluarkan oleh seseorang boleh membawa kepada maksud lain. 

Contohnya: Siapa kata saya penakut? Bila tengok ayat ni nampak seperti ayat tanya tetapi sebenarnya ia berfungsi untuk mencabar seseorang. 

Fungsi ayat juga ditentukan oleh makna ayat itu sendiri di mana ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif). Ketiga-tiga jenis ayat ini pula ada beberapa pecahan. Kalau nak tahu lebih lanjut pecahan tersebut, bolehlah buat kajian sikit ye. hehehe....Saya rasa tu je kali ni. selamat berehat kawan-kawan.


Post 4 by Hawa Najihah


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan