5. Unsur Budaya

Assalamualaikum wbt friends. Nak tahu satu cerita tak? Minggu lepas bersamaan 23 April menjadi satu hari bersejarah bagi saya sebab kena buat pembentangan depan satu kelas.  Maaf atas segala kekurangan.

Menurut Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan, kemajuan dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain. Sebagaimana yang kita tahu, setiap bangsa mempunyai unsur budaya yang berbeza. Begitulah juga budaya yang terdapat dalam bangsa Melayu dan bangsa Arab. Budaya yang berlainan itu menjadi satu kesukaran kepada seseorang yang ingin menterjemah setiap unsur budaya itu.

Unsur-unsur budaya dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu budaya ekologi, budaya sosial, budaya ideologi dan budaya material. Setiap unsur ini berkait antara satu sama lain. Dalam menghadapi kesukaran menterjemah, beberapa kaedah menterjemah unsur budaya dapat digunakan. Antaranya, unsur budaya dikekalkan, unsur budaya disesuaikan semula dan unsur budaya dihilangkan. Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir. 


Post 5 by Hawa Najihah


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan