3. Macam mana nak jadi penterjemah yang baik?

                                          
Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar banyak perkara yang saya sudah belajar dari kuliah Terjemahan atau nama singkatannya TAMA.   Perkara yang paling penting adalah berkaitan kelayakan penterjemah. Adakah semua penterjemah sudah berjaya menjadi penterjemah yang baik?Apakah syarat utama yang perlu digariskan untuk menjadi penterjemah?

             Melalui penulisan kali ini, saya akan kongsikan bagaimana cara untuk melayakkan seseorang menjadi penterjemah yang baik. Pertama, para penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam iaitu bahasa asal sebelum diterjemah sesuatu istilah. Kedua, penterjemah harus mengetahui bahasa sasaran di mana bahasa tersebut lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber. Seterusnya, mengetahui bidang atau subjek yang ingin diterjemah bagi menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.                 

           
        Di samping itu, seseorang penterjemah yang baik mestilah mengetahui teori terjemahan. Kaedah ini memerlukan bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan. Akhir sekali, para penterjemah hendaklah mengetahui sasaran pembaca. Contohnya, kalau sasarannya kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Terdapat juga beberapa syarat tambahan yang boleh dijadikan panduan dalam proses menterjemah termasuklah mempunyai fikiran yang terbuka, ingatan yang baik dan sebagainya.


Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.


                     Post 3 by Hawa Najihah.

                                                                  

                                                                 

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Padanan menurut Nida :)

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

11. Kata Kerja Imbuhan