Posts

15. Jumpa lagi!

Image
Assalamualaikum semua. Salam Aidil Fitri. Saya rasa mungkin ini entri terakhir saya untuk blog ni. Memandangkan kita dah sampai penghujung pembelajaran kita. Kami pun dah jawab exam TAMA 1 hari Rabu tu. Susah ke senang soalan hari tu? Hmm... bagi saya okey okeylah. Alhamdulillah boleh jawab. Semoga apa yang kami kongsikan selama ini dapat beri manfaat kepada semua pembaca sedikit sebanyak.  Minta maaf atas segala kekurangan diri setiap kali entri. Doakan kami dapat keputusan cemerlang untuk subjek ni. Terima kasih semua. Semoga urusan kita semua berjalan lancar. Salam terakhir dari saya :') Post 15 by Hawa Najihah

Makna Perkataan (:

Hai Assalamualaikum. Terima kasih kerana masih setia. huhu. Kali ni nak cerita pasal apa pula ye ? Hmm baiklah kita cerita pasal makna perkataan. Makna perkataan dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu posisinya dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Jenis-jenis makna ada banyak. Jadi untuk memahami sesuatu makna itu, jenis-jenis makna perlu diketahui. Antaranya : 1. Makna rujukan  2. Makna leksikal 3. Makna gramatikal 4. Makna konteks 5. Makna sosio-kultural 6. Makna konotasi 7. Makna emosi 8. Makna figuratif Baiklah nak cerita sikit mengenai makna rujukan. Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna perkataan akan jadi kabur, samar atau tidak tepat. Namun, makna akan menjadi jelas apabilaada konteks. Makna sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu tanda sintaksis dan tanda semotaksis. Tanda semotaksis adalah perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringi k

Konsep Padanan menurut Nida :)

Assalamualaikum dan hai 😊 Baiklah pada kali ini saya hendak berkongsi tentang padanan terjemahan pula. Konsep padanan adalah mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Dalam teori terjemahan, mencari padanan merupakan masalah paling utama. Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.  Seterusnya, saya mengambil konsep padanan terjemahan menurut salah seorang sarjan iaitu Nida. Menurut Nida, terdapat dua jenis padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis. Padanan formal adlah penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi ecara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Melalui padanan ini, pneterjemah akan mengembalikan semula elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa asal. Padanan dinamis pula mementingkan

Emotif ?

Assalamualaikum. Okay kita sambung jenis ayat yang seterusnya. Jenis ayat yang ketiga adalah Emotif ataupun ayat perasaan. Ayat perasaan ni macam mana pula ye ? Susah ke nak terjemah ayat perasaan ? Okay jom baca ! Dalam kajian makna, perasaan adalah sejenis makna. Jadi ianya wajib disalin semula dalam terjemahan. Haa susah ke ? Okay ayat perasaan ni merupakan sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Sebab apa ? Antara puncanya adalah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Ianya tidak mengandungi maklumat mahupun bukan bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Namun, ciri utamanya nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat. Dengan itu, orang lain akan dapat faham perasaan seseorang itu. Ayat perasaan ini banyak bentuknya. Antaranya: 1. Ayat marah. 2. Ayat gembira. 3. Ayat sanjungan. 4. Ayat ejekan. 5. Ayat dukaan. 6. Ayat sindiran. 7. ayat cacian.

Imperatif ?

Eh jumpa lagi hehe. Hai Assalamualaikum semuaaaa ! okay entry lepas lepas ada cakap nak cerita pasal jenis ayat kan ? Okay satu jenis saya dah cerita. Jom kita masuk jenis yang kedua pulak. Haa tengok tajuk atas tu. Imperatif ? Apa tu ? Imperatif tu maksudnya ayat arahan. Mudah je kan tapi nama bukan main. haha. Okay jom sembang pasal ayat arahan ni. Hmm nak sampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah ni ada caranya tersendiri. Contohnya, ayat 'Can you open the door, Maria?' nampak seperti ayat soalan atau pertanyaan kerana mempunyai tanda soal. Tetapi hakikatnya ayat tersebut adalah ayat suruhan. Jadi terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'Tolong bukakan pintu itu, Maria' dan bukanlah 'Bolehkan awak buka pintu tu, Maria?'. Wahhh. jadi kena fahamlah maksud ayat tu yang sebenarnya. Ayat arahan ni merupakan jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Ayat ni terdapat dalam pelbagai jenis dokumen. Yang sering kita lihat sebenarnya pada manual

Informatif ?

Assalamualaikum. Jumpa lagi ! Hehe. Informatif ? Apa tu ? Haha. Informatif tu nama lain dia adalah ayat maklumat. Nampak macam susah kan perkataan tu tapi maknanya mudah je kan. Okay la jum saya cerita pasal ayat maklumat ni. Baca tau jangan tak baca. Untuk terjemahkan ayat maklumat ni adalah yang paling mudah sekali. Ayat ni juga yang paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Tujuan ayat maklumat ni untuk memberitahu sesuatu. Fungsi penting ayat maklumat atau informatif ni adalah sebagai penghantar sesuatu maklumat. Ayat maklumat ni ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tau. Hehehe. Jom saya bagitahu semuanya. 1. Ayat pengisytiharan, makluman, pengumuman, pemberitahuan. 2. Ayat pernyataan. 3. Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan. 4. Ayat tegasan. 5. Ayat persetujuan termasuk keizinan dan sokongan. 6. Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan dan tentangan. 7. Ayat sangsian termasuk keraguandan prasangka. 8. Ay

Fungsi Ayat

Assalamualaikum dan hai ! Okay kali ni nak cakap pasal fungsi ayat pulak. Tahu tak fungsi ayat tu ada berapa ? Tak tahu kan ? Okay fungsi ayat ni ada dua. Yang pertama adalah bentuk dan kedua adalah fungsi. Okay jadi macam mana nak terjemahkan ? Jom kita masuk ke terjemahan ayat. Terjemahan ni maksudnya menyalin semula makna,bukan menyalin semula bentuk. Jadi, kita nak terjemahkan ayat ni kena tengok makna yang sesuai bukan berdasarkan bentuk sahaja. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh penterjemah adalah penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ni tentukan oleh makna ayat tu sendiri.  Okay nak kongsi sikit pasal jenis ayat ni. Ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif). Nak tahu pasal jenis-jenis ayat ni ? Bacalah entry seterusnya. Hihihi Bai ! Post by : Aisah Binti Masdar • entry 9•