Posts

Showing posts from 2019

15. Jumpa lagi!

Image
Assalamualaikum semua. Salam Aidil Fitri. Saya rasa mungkin ini entri terakhir saya untuk blog ni. Memandangkan kita dah sampai penghujung pembelajaran kita. Kami pun dah jawab exam TAMA 1 hari Rabu tu. Susah ke senang soalan hari tu? Hmm... bagi saya okey okeylah. Alhamdulillah boleh jawab. Semoga apa yang kami kongsikan selama ini dapat beri manfaat kepada semua pembaca sedikit sebanyak.  Minta maaf atas segala kekurangan diri setiap kali entri. Doakan kami dapat keputusan cemerlang untuk subjek ni. Terima kasih semua. Semoga urusan kita semua berjalan lancar. Salam terakhir dari saya :') Post 15 by Hawa Najihah

Makna Perkataan (:

Hai Assalamualaikum. Terima kasih kerana masih setia. huhu. Kali ni nak cerita pasal apa pula ye ? Hmm baiklah kita cerita pasal makna perkataan. Makna perkataan dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu posisinya dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Jenis-jenis makna ada banyak. Jadi untuk memahami sesuatu makna itu, jenis-jenis makna perlu diketahui. Antaranya : 1. Makna rujukan  2. Makna leksikal 3. Makna gramatikal 4. Makna konteks 5. Makna sosio-kultural 6. Makna konotasi 7. Makna emosi 8. Makna figuratif Baiklah nak cerita sikit mengenai makna rujukan. Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna perkataan akan jadi kabur, samar atau tidak tepat. Namun, makna akan menjadi jelas apabilaada konteks. Makna sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu tanda sintaksis dan tanda semotaksis. Tanda semotaksis adalah perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringi k

Konsep Padanan menurut Nida :)

Assalamualaikum dan hai 😊 Baiklah pada kali ini saya hendak berkongsi tentang padanan terjemahan pula. Konsep padanan adalah mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Dalam teori terjemahan, mencari padanan merupakan masalah paling utama. Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.  Seterusnya, saya mengambil konsep padanan terjemahan menurut salah seorang sarjan iaitu Nida. Menurut Nida, terdapat dua jenis padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis. Padanan formal adlah penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi ecara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Melalui padanan ini, pneterjemah akan mengembalikan semula elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa asal. Padanan dinamis pula mementingkan

Emotif ?

Assalamualaikum. Okay kita sambung jenis ayat yang seterusnya. Jenis ayat yang ketiga adalah Emotif ataupun ayat perasaan. Ayat perasaan ni macam mana pula ye ? Susah ke nak terjemah ayat perasaan ? Okay jom baca ! Dalam kajian makna, perasaan adalah sejenis makna. Jadi ianya wajib disalin semula dalam terjemahan. Haa susah ke ? Okay ayat perasaan ni merupakan sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Sebab apa ? Antara puncanya adalah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Ianya tidak mengandungi maklumat mahupun bukan bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Namun, ciri utamanya nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat. Dengan itu, orang lain akan dapat faham perasaan seseorang itu. Ayat perasaan ini banyak bentuknya. Antaranya: 1. Ayat marah. 2. Ayat gembira. 3. Ayat sanjungan. 4. Ayat ejekan. 5. Ayat dukaan. 6. Ayat sindiran. 7. ayat cacian.

Imperatif ?

Eh jumpa lagi hehe. Hai Assalamualaikum semuaaaa ! okay entry lepas lepas ada cakap nak cerita pasal jenis ayat kan ? Okay satu jenis saya dah cerita. Jom kita masuk jenis yang kedua pulak. Haa tengok tajuk atas tu. Imperatif ? Apa tu ? Imperatif tu maksudnya ayat arahan. Mudah je kan tapi nama bukan main. haha. Okay jom sembang pasal ayat arahan ni. Hmm nak sampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah ni ada caranya tersendiri. Contohnya, ayat 'Can you open the door, Maria?' nampak seperti ayat soalan atau pertanyaan kerana mempunyai tanda soal. Tetapi hakikatnya ayat tersebut adalah ayat suruhan. Jadi terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'Tolong bukakan pintu itu, Maria' dan bukanlah 'Bolehkan awak buka pintu tu, Maria?'. Wahhh. jadi kena fahamlah maksud ayat tu yang sebenarnya. Ayat arahan ni merupakan jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Ayat ni terdapat dalam pelbagai jenis dokumen. Yang sering kita lihat sebenarnya pada manual

Informatif ?

Assalamualaikum. Jumpa lagi ! Hehe. Informatif ? Apa tu ? Haha. Informatif tu nama lain dia adalah ayat maklumat. Nampak macam susah kan perkataan tu tapi maknanya mudah je kan. Okay la jum saya cerita pasal ayat maklumat ni. Baca tau jangan tak baca. Untuk terjemahkan ayat maklumat ni adalah yang paling mudah sekali. Ayat ni juga yang paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Tujuan ayat maklumat ni untuk memberitahu sesuatu. Fungsi penting ayat maklumat atau informatif ni adalah sebagai penghantar sesuatu maklumat. Ayat maklumat ni ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tau. Hehehe. Jom saya bagitahu semuanya. 1. Ayat pengisytiharan, makluman, pengumuman, pemberitahuan. 2. Ayat pernyataan. 3. Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan. 4. Ayat tegasan. 5. Ayat persetujuan termasuk keizinan dan sokongan. 6. Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan dan tentangan. 7. Ayat sangsian termasuk keraguandan prasangka. 8. Ay

Fungsi Ayat

Assalamualaikum dan hai ! Okay kali ni nak cakap pasal fungsi ayat pulak. Tahu tak fungsi ayat tu ada berapa ? Tak tahu kan ? Okay fungsi ayat ni ada dua. Yang pertama adalah bentuk dan kedua adalah fungsi. Okay jadi macam mana nak terjemahkan ? Jom kita masuk ke terjemahan ayat. Terjemahan ni maksudnya menyalin semula makna,bukan menyalin semula bentuk. Jadi, kita nak terjemahkan ayat ni kena tengok makna yang sesuai bukan berdasarkan bentuk sahaja. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh penterjemah adalah penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ni tentukan oleh makna ayat tu sendiri.  Okay nak kongsi sikit pasal jenis ayat ni. Ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif). Nak tahu pasal jenis-jenis ayat ni ? Bacalah entry seterusnya. Hihihi Bai ! Post by : Aisah Binti Masdar • entry 9•

Peribahasa

Hai Assalamualaikum ! Baiklah kali ni nak kongsi macam mana nak terjemah peribahasa. Mesti ramai nak tahu kan ? Ok jom saya kongsikan. 1. Teknik yang pertama adalah peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya,  جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi susu dibalas tuba. 2. Teknik yang kedua adalah menggunakan teknik pinjaman terjemah. Contohnya,  ماءُ الوجه   diterjemahkan terus menjadi air muka. 3. Teknik ketiga adalah teknik memperjelas makna. Contohnya, Sweetheart diperjela menjadi kekasih. Kemudian kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة . 4. Yang keempat adalah proses gantian peribahasa iaitu ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya, حيض diterjemahkan kepada datang bulan. Okay itu je teknik untuk terjemah peribahasa. Semoga dapat membantu. Terima kasih dan jumpa lagi :) Post by : Aisah Binti Masdar • entry 8•

Terjemahan Frasa :')

Assalamualaikum semua 🌸 Yeay jumpa lagi. Hihi. Okay hari ni nak cerita pasal apa ye ? Tengok tajuk la kan. Baiklah hari ni nak cerita sikit macam mana nak terjemahkan frasa. Nak tahu tak ? Ok jom baca. Frasa ni ada banyak tau. Jenis frasa adalah frasa idiomatik, tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal wa Mubdal minhu da 'Ataf wa Ma'tuf Alayh. Jom saya bagitahu macam mana nak terjemah frasa-frasa ni. 1. Tarkib Wasfi (Sifat wa Mausuf) Kaedah untuk terjemahkan Tarkib Wasfi ni adalah boleh ditambah perkataan 'yang' atau digugurkan sahaja. Contohnya,  البيت الكبير   boleh diterjemahkan kepada 'rumah yang besar' ataupun 'rumah besar'. Sekiranya sifat itu lebih daripada satu, boleh ditambah perkataan 'dan' atau 'lagi'. 2. Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh) Bagi Tarkib Idafi pula, kaedah menterjemahnya adalah boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubaha

Terjemahan menurut Roman Jacobson :))

Hai Assalamualaikum ! Pada entry lepas saya telah kongsikan jenis terjemahan menurut Robert Lado. Jadi pada entry kali ini saya akan kongsikan tentang terjemahan menurut seorang lagi sarjana iaitu Roman Jacobson. Menurut Jacobson, terjemahan terbahagi kepada tiga iaitu intralingual, interlingual dan intersemiotik. Wahh apa tu ? Meh baca bawah :) Terjemahan intralingual ini dilakukan dalam satu bahasa sahaja dan berkenaan satu bahasa sahaja. Ini bermaksud penterjemahan jenis intralingual adalah terjemah variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu. Contohnya seperti dialek ke dialek yang lain, dialek ke bahasa baku atau sebaliknya, bahasa kasar ke bahasa halus dan sebagainya. Seterusnya, terjemahan interlingual adalah terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain. Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering dilakukan oleh para penterjemah. Contohnya menterjemah daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab, bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan sebagainya. Akhir sekali

Jenis terjemahan menurut Robert Lado :))

Hai Assalamualaikum ! Baiklah hari ni nak bongsi sikit pasal jenis terjemahan menurut salah seorang sarjana iaitu Robert Lado. Menurutnya, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan faktual dan terjemahan sastera. Apa bezanya ? Nak tahu ? Jom saya ceritakan :) Terjemahan faktual ni adalah terjemahan yang memindahkan maklumat dalam bentuk fakta. Contohnya, terjemahan buku, surat khabar, surat rasmi, ubat-ubatan dan sebagainya. Untuk terjemahan fakta ni kena ringkas, sederhana, wajar dan tak mengelirukan. Kalau susah-susah nanti tak faham pula pembaca kan ? Lagipun, terjemahan yang mengelirukan ni bukan sahaja boleh menyesatkan pembaca tapi boleh membawa kemudaratan kepada pembaca juga. Seterusnya, terjemahan sastera. Terjemahan sastera ini dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan. Contohnya, terjemahan prosa, puisi, drama, epera, filem dan sebegainya. Terjemahan ini sering kita dengar dilakukan oleh penterjemah bukan ? Terjemahan sastera ni sama dengan

Terjemahan Unsur Budaya

Hai semua! 🙋 Tajuk kita kali ni best tau! Jom tengok sama sama, rugi kalau tak fokus ni 😋 Okay, apa itu terjemahan budaya? Haa terjemahan budaya ialah terjemahan yang bermutu tinggi yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Jadi, unsur unsur budaya asal wajib dikekalkan. Okay budaya dibahagikan kepada 4. And the first one is budaya Ekologi. Ia ialah ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu. Contoh perbezaan budaya arab dan melayu, kalau budaya Arab ekologinya kering, berbatu batan, berpadang pasif dan terdapat musim sejuk. Manakala budaya Melayu hutan tropika, pemandangan hijau, taburan hujan tinggi dan banjir yang besar. Selain itu, terdapat pokok yang terdapat di Tanah Arab tapi tidak dikenali di Malaysia contohnya الغلد. Manakala pokok di Malaysia yang tidak dikenali di Tanah Arab contohnya

Ayat Maklumat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! 😎 Macam mana nak terjemah ayat maklumat? Haa jom kita tengok sama sama. Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Ia paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan atau tulisan. Fungsinya adalah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat pulak untuk memberitahu sesuatu. Ayat maklumat pun ada banyak jenis tau. Ada ayat perisytiharan, makluman, pengumuman dan pemberitahuan. Pastu ada jugak ayat pernyataan, contohnya "Ada virus dalam komputer". Ayat takrifan pun ada. Sebagai contoh, "Angin ialah udara yang bergerak" Selain tu, ayat tegasan contohnya "Benar bahawa manusia mempunyai roh". Haa ada banyakk lagi sebenarnya jenis jenis ayat maklumat. Tapi ini saja yang saya share yaa. 😊 Itu saja daripada saya. Xoxo 💙💋 Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini - Entry 13 -

Teknik Menterjemah Peribahasa

Assalamualaikum dan hai 🙋 Tahu ke macam mana teknik nak terjemahkan peribahasa? Haaa jom kita study sama sama. Okay teknik yang pertama, peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya, جزاه جزاء سنمّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba. Kedua, menggunakan teknik pinjam terjemah. Contohnya, ماء الوجه diterjemahkan kepada air muka. عين القلب diterjemahkan kepada mata hati. Ketiga, teknik memperjelas makna. Contohnya perkataan "sweetheart" diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيبة atau حبيب. Keempat, proses gantian peribahasa iaitu ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya هدية تذكارية diterjemahkan kepada cenderahati. Tapi, apa apa pun kena jugak tanya terus kepada penutur asli bahasa sumber dan orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber bagi mengelakkan kesalahan terjemah. Sekian saja daripada saya untuk kali ni. Bye

Terjemahan Frasa: Tarkib Wasfi

Hai semua! Jom sambung study kita! 😋 Haa harini nak cerita pasal terjemahan frasa pulak. Di mana frasa terbahagi kepada 6 jenis. Haa banyak kan? Tapi kali ni saya nak share untuk satu jenis frasa sahaja yang bernama, Tarkib Wasfi iaitu frasa yang terdapat sifat padanya atau nama lainnya, sifat wa mausuf. Okay kaedah terjemahan bagi tarkib wasfi ialah, ia boleh ditambah perkataan "yang" atau digugurkan sahaja. Contohnya: 1. السلطان التقليدي : Kekuasaan tradisional 2. البيت الكبير : Rumah (yang) besar Sekiranya dalam tarkib wasfi tu ada lebih dari 1 sifat, jadi perkataan "dan" atau "lagi" boleh ditambah. Contohnya: 1. عدل كامل شامل : Keadilan yang sempurna (dan) / (lagi) menyeluruh. 2. اللّه الملك الحق : Allah yang Maha Berkuasa (dan) / (lagi) Maha Benar. Haa boleh faham dah kan? Haha 😇 jadi itu saja, kita sambung lain kali yaa. Xoxo 💙💋 Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini - Entry 11 -

Terjemahan Kata Ganti Nama

Assalamualaikum dan hai semuanya! 🙌✨ Kali ni saya nak share pulak pasal terjemahan untuk Kata Ganti Nama. Haa menarik kan? Okay kita tengok satu satu ehh. First, definisi. Kata ganti nama ni ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang. Contohnya, dia, saya dan kamu. Saya akan ceritakan untuk dhamir yang basic je tau iaitu dhamir lil mutakallim, dhamir lil mukhathab dan dhamir lil ghaib. Untuk dhamir lil mutakallim, dhamirnya ada 2 saja which are أنا dan نحن. Okay أنا bila diterjemahkan maksudnya ialah saya / aku / beta / patik / hamba, manakalah نحن pula ialah kami. Next, untuk dhamir lil mukhathab, أنتَ bermaksud awak / kamu / anda / engkau bagi jantina lelaki. Manakala أنتِ membawa maksud yang sama, tetapi untuk jantina perempuan. أنتما pun bawa maksud yang sama jugak sebenarnya, cuma bezanya pada bilangan pulak. Haa kalau tadi أنتَ أنتِ untuk seorang saja, jadi أنتما untuk 2 orang. Nak senang fa

Kata Nama Khas: Nama Tempat, Bandar & Negara

Hai! Tengah buat apa tu? Hehe 😁 Kalau korang tengah free, sambil rehat lepak lepak tu boleh lah amik tahu sikit tentang terjemahan kata nama khas bagi nama tempat, bandar atau negara pulak. Rasa rasanya, macam mana nak terjemahkan nama tempat pulak? Haa, mudah je jangan risau. Caranya, kekalkan nama bahasa sumber iaitu tanpa perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan. Ataupun, boleh jugak dengan gantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran. Okay, contoh untuk pemindahan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran; Middle East jadi Asia Barat, Silk Route jadi Laluan Sutera, Atlantic Sea jadi Laut Atlantik dan sebagainya. Selain tu, ada sesetengah tempat dan bandar dalam bahasa Arab ditulis dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal. Jadi, kata nama tersebut perlu digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digun

Entry 8: Menterjemah Fungsi Ayat.

Assalamualaikum, Entri ini tertinggal sebab terbuang. kena buat yang baru adui. Teori Penting: Teori Fungsi Ayat Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ? Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan Fungsi: Suruhan Contoh: Siapa kata saya penakut ? Bentuk: Tanya Fungsi: Cabaran AYAT MAKLUMAT * Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. * Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan.   * Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat.  * Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.  AYAT ARAHAN  * Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.  Sebagai contoh, dalam BI bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John?  * Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.  Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu

Entry 14: Terjemahan Teks Sastera.

Assalamualaikum, Memandangkan tiada kuliah akhir dijalankan, saya hanya mengambil sedikit maklumat dari bahan yang dr beri dalam laman ifolio. Sedikit sebanyak yang saya peroleh adalah berkenaan dengan terjemahan teks sastera. Definisi bagi teks sastera adalah sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. (Lalita Sinha & Siti Aminah Hamdan 1994: 892) Sastera ini terdiri daripada syair, pantun, puisi dan sebagainya. Ciri-ciri Bagi Penterjemah Puisi Yang Baik: * Melengkapkan diri dengan semua kelayakan yang perlu ada pada seorang penterjemah. * Memiliki bakat kepenyairan yang tinggi. * Mengetahui menikmati dan menghayati puisi – karya sastera. * Seseorang yang meminati puisi. * Ianya lebih baik, kalau dia juga seorang panyair. KAEDAH TERJEMAH PUISI: 1. Terjemahan fonemik (Phonemic translation): kaedah ini cuba mencipta kembali bunyi yan

Entry 13: Kaedah Terjemahan Al-Quran

Assalamualaikum :) Sebenarnya, ada 2 bahagian. tapi saya mampu kongsi sikit-sikit je, hehehe. Terjemahan bermaksud mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama. Penterjemahan Al Quran di Malaysia ini:- 1. Terus dilaksanakan hingga ke hari ini. 2. Penting kepada umat Islam yg tidak tahu berbahasa Arab. 3. Digunakan sebagai alat bantu untuk memahami makna-makna al-Qur’an. 4. Cara berdakwah yang efektif. 5. Menyumbang kepada perkembangan Islam. Hukum Terjemah Al-Quran mempunyai khilaf: HARUS: 1. Antara ulama yg mengharuskan ialah al-Zarqani, al-Shatibi, dan al-Zamakhshari. 2. Dalil dan hujah mereka ialah:           *Al-Qur’an merupakan sumber rujukan – perlu diterjemahkan agar boleh  difahami oleh bangsa lain.            *Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Qur’an, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan. HARA

Entry 12: Apa itu Laras Bahasa ?

Assalamualaikum, Hari ini saya nak kongsi tentang apa itu laras bahasa. Laras Bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. (Nik Safia) Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Seterusnya, bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran. Contoh: *Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana dan sultan. *Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan mahasiswa/i. *Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan. Wallahu'allam

Kata Nama Khas: Nama Orang

Assalamualaikum semua! ✨ So  kali ni saya nak ceritakan pulak tentang terjemahan kata nama khas, khusus kepada nama orang atau objek. Secara teorinya menurut Newmark, nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna. So jelas dan nyata ia tidak boleh diterjemahkan. Tapi, ia boleh dipindahkan kepada bahasa sasaran. Contohnya dalam bahasa Arab, nama علي diterjemahkan kepada Ali, زينب kepada Zainab. Sebenarnya, dia bukanlah diterjemahkan, tapi dipindahkan ke bahasa sasaran je. Tapi ada 2 perkara penting yang perlu diambil kira bila pindahkan ke bahasa sasaran tau. First, kena tukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi dan yang kedua, kena mulakan setiap perkataan dengan huruf besar. Faham ke faham? Heheh Okay what if nama orang tu ada padanan ke bahasa asing? Jadi perlu tahu padanan dia yang tepat dulu tau. Contoh macam الإسكندر الأكبر padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Alexander The Great dan dalam bahasa Melayu pulak ialah Iskandar Yang Agung.

Kaedah Terjemahan Part II

Hai, jumpa lagi kita dalam part II hehe 😁 Dah ready ke nak sambung kaedah seterusnya? Haa okay, kaedah yang kedua pulak dinamakan kaedah harfiah. Kaedah ini bentuk atau struktur bahasa terjemahannya amat mirip dengan bentuk atau struktur bagi bahasa sumber. Gaya terjemahannya pun mirip jugak dengan gaya penulisan bahasa sumber.  Ini kerana, ia memberi penekanan pada bentuk atau struktur bahasa sumber tersebut. Tapi, bila kita gunakan terjemahan mengikut kaedah ini, hasil terjemahan kadang kala akan jadi kaku dan terlalu dipaksakan. Dan boleh jadi ia tidak sedap dibaca. Haa jadi, itulah serba sedikit tentang kaedah terjemahan. Lain kali saya akan share pasal benda lain pulak okay! Xoxo 💙💋 Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini - Entry 7 - 

Kaedah Terjemahan Part I

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya! 😇 Nak tanya, korang semua tahu tak tentang kaedah terjemahan? Haa kalau korang taktahu, meh sini saya ceritakan sikit. 😋 Untuk kaedah yang pertama, namanya kaedah kata demi kata. Okay kaedah ni biasa digunakan untuk terjemahkan kitab-kitab suci, doa, mantera, jampi, puisi, dan teks teks lain yang terkandumg dalamnya kekuatan adikodrati yang sekiranya diterjemahkan secara bebas, hikmahnya akan hilang. Kaedah ni mudah untuk dilakukan dan bahasa sumbernya tetap ketara. Dan, terjemahan kata demi kata ni dapat disiapkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia lebih menekankan bentuk teks sumber dan bukanlah isinya.  Terjemahan menggunakan kaedah ini tidak dapat difahami dengan mudah kerana ia tunduk kepada tatabahasa bahasa sumber. Jadi, catatan kaki dibuat untuk untuk jelaskan makna yang kabur. Tapi, penterjemah yang buat terjemahan menggunakan kaedah ni belum boleh dipanggil sebagai penterjemah, sebaliknya dipanggil sebaga

Jenis Terjemahan

Hai semua! Dah ready ke tuu nak belajar benda baru pulak? 😆 Okay, so kali ni saya nak share tentang tajuk yang simple je iaituuuu, Jenis Terjemahan 🙌 So agak agak, ada berapa eh jenis terjemahan? Okay, terjemahan sebenarnya ada baaaanyak jenis mengikut kepada pendapat para tokoh sarjana. Tapi, yang saya nak share harini cuma jenis terjemahan yang umum sajaa dan ia terbahagi kepada 2 jenis saja. Haa sikit je kan? Mesti korang mudah nak faham. First, terjemahan tulisan. Okay terjemahan tulisan ni ada ciri ciri dia which are; - dilakukan secara bertulis - masih ada kesempatan untuk membaiki kesilapan terjemahan yang telah dilakukan - kefasihan berbicara tidak menjadi syarat mutlak - penguasaan bahasa sumber dan sasaran pun bukanlah menjadi satu kewajipan untuk menjadi seorang penterjemah tulisan yang baik Next, jenis terjemahan yang kedua pulak is, terjemahan lisan. Okay ciri cirinya; - dilakukan secara lisan - secara langsung, cepat dan tepat - tidak

Alat Bantu Terjemahan

Hello everyone! 🌸 so this time saya nak kenalkan kat korang semua tentang alat bantu terjemahan. haa benda ni mudah saja sebenarnya.  korang pun boleh tahu sendiri kot haha. tapi takpe, saya story jelah ehh.  mana lah tahu benda ni pun merupakan ilmu baru untuk korang ke kan? hehe 😀 so basically, alat bantu terjemahan ni kamus je sebenarnya 📕 haa mudah kan? semua orang tahu kamus tu apa rasanya. tapii, korang pernah tahu tak yang kamus pun ada banyak jenis? okay jom kita tengok. okay jenis yang pertama namanya kamus ekabahasa.  kamus ekabahasa ni adalah kamus yang m enggunakan satu bahasa (kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama) contohnya kamus dewan. seterusnya, kamus dwibahasa which is ia merupakan kamus yang m enggunakan dua bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain).  c ontohnya  Kamus Besar Arab-Melayu Dewan next, kamus aneka bahasa.  haa kamus ni pulak menggunakan s ekurang-k

Macam Mana Nak Terjemah?

Assalamualaikum semua! 🙆 berjumpaa lagi kita dalam entry yang terbaru. so, kali ni saya nak cerita tentang macam mana kita nak terjemahkan sesuatu.  haa kiranya macam dia punya proses lah senang cerita. okay, first step bila kita dapat je teks sumber, kita kena lah analisis teks tu sampai betul betul faham.  time ni lah kita kena start dah cari cari makna perkataan dan sebagainya. next, kita pindahkan pulak maklumat dan makna yang kita dah translate tadi tu kepada bahasa sasaran.  maksudnya, kalau sasaran pembaca kita orang cina, kita translate teks tu ke bahasa cina. lepastu, bila dah pindahkan ke bahasa sasaran, haa time ni prosesnya dinamakan penstrukturan semula.  kita bentuk dan susunkan ayat tu mengikut struktur yang betul dalam bahasa sasaran. dah selesai step penstrukturan semula, baru boleh periksa dan semak.  haa caranya, kita kena baca teks tu di depan pakar bidang untuk pastikan takde kesalahan istilah ke ejaan ke apa ke. dan last sekali, prose

Layak Ke Jadi Penterjemah?

Hai semua! 🙌🙋 so pada entry kali ni, saya nak ceritakan sikit tentang kelayakan penterjemah. haa, macam mana nak tahu kita layak jadi penterjemah ke tak? okay kawan kawan, untuk pengetahuan korang semua, seorang penterjemah tu ada syarat syarat yang perlu dipenuhi. antaranya, dia perlu dan wajib yang tersangat lah wajib tahu tentang bahasa sumber dan bahasa sasaran. yelah, kalau taktahu bahasa sumber dan sasaran, macam mana nak translate dengan betul dan tepat kan? moreover, penterjemah juga perlu tahu tentang topik dalam teks yang diterjemahkan tu tau.  contohnya, kalau teks tu tentang perubatan, haa penterjemah tu pun perlu ada pengetahuan tentang ilmu perubatan.  yelah, sebab kalau dia takde ilmu tentang perubatan, nanti tiba tiba dia translate perkataan diabetes tu kepada darah tinggi, tak ke sesat pembacanya nanti? 😅 haa nampak kan betapa pentingnya penguasaan tentang sesuatu topik tu? okay next, teori-teori terjemahan pun perlu dikuasai oleh penterjema

14. Konsep Padanan

Assalamualaikum. Sihat ke semua? Nak cerita pasal apa ya hari ni.... Ada cadangan tak? Hmm...saya rasa nak kongsi tentang apa itu konsep padanan. Padanan  sangatlah penting dalam terjemahan. Sebab apa?  Penting untuk pastikan makna asal bahasa sumber itu dapat disampaikan kepada pembaca teks sasaran. Kalau salah padanan, maka salah terjemahan. Mudah sahaja hendak menterjemah apabila kita faham konsep padanan itu sendiri.  1.  Mencari padanan yang betul-betul  tepat antara dua bahasa dianggap  sesuatu yang  mustahil untuk  direalisasikan. 2. Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan. 3. Setiap hasil penterjemahan  dianggap  sebagai refleksi daripada   pencarian padanan dalam proses  penterjemahan. 4.  Untuk menerangkan konsep ini,  pelbagai istilah digunakan untuk  menunjukkan tiada  persepakatan  dan  persetujuan antara mereka. 5.    Kesetaraan adalah salah satu isu utama dalam teori

Apa Itu Terjemahan?

Assalamualaikum semua dan hai! Jadi saya nak tanya semua, apa itu terjemahan? Okay, untuk pengetahuan semua, terjemahan ni ada banyak maksud menurut pelbagai sumber.  Ada yang bersumberkan para sarjana, ada jugak dapat daripada kamus. Okay jom kita pergi pada maksud yang pertama menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan ni bermaksud memindahkan (karangan dll) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, atau mengalihbahasakan. Ada jugak yang mentakrifkan terjemahan ni kepada menulis semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.  Dan takrifan ini adalah menurut kepada sebuah mu'jam a l-mustalahat al- ، Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab. Manakala, menurut tokoh sarjana seperti Catford, J.C, terjemahan ialah penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahasa yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Jadi, bila saya sendiri baca segala pendapat tokoh sarjana dan juga takrifan daripada kamus,

13. Jom Kenal Nida Tokoh Terjemahan!

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu!   Siapakah tokoh seperti nama di atas? Kalau nak tahu, beliau ialah seorang tokoh penterjemah yang terkemuka. Setiap teori yang diasas oleh beliau digunakan sehingga sekarang terutama dalam kuliah pembelajaran saya. Jom kita kenal dengan lebih lanjut siapa beliau. Eugene Nida merupakan salah seorang tokoh penterjemah yang terdapat di dunia ini. Beliau dilahirkan pada 11 November 1914 di Okhlahoma City, Okhlahoma.  Ia mulai mempelajari bahasa Latin di bangku sekolah lagi. Keinginannya itu  untuk menjadi kenyataan  semak in dekat apabila beliau meraih gelar kesarjanaan dalam bidang bahasa Yunani pada tahun 1963 dari University of California di Los Angeles dengan menyandang gelaran "summa cum laude". Setelah itu, Nida melanjutkan pelajarannya ke Summer Institute of Linguistics (SIL) dan menemukan karya-karya ahli bahasa seperti Edward Sapir dan Leonard Bloomfield. Nida kemudian meraih gelaran Doktor dalam bidang bahasa Yun

12. Macam mana nak terjemah puisi?

Hai kawan-kawan! Salam Aidilfitri. Saya yakin semua tahu apa itu puisi. Tapi tak semua tahu macam mana nak terjemah puisi. Puisi ni bukan calang-calang orang yang boleh terjemah. Ada beberapa syarat yang mesti apabila nak terjemah puisi. Penterjemah tu haruslah m elengkapkan diri dengan semua kelayakan yang perlu ada pada seorang penterjemah, m emiliki bakat kepenyairan yang tinggi, t ahu menikmati dan menghayati puisi sastera, m eminati puisi dan l agi baik, kalau dia juga seorang penyair.    Mengikut Andre Lafevere ada 7 cara untuk terjemah puisi iaitu terjemahan fonemik, literal, metrikal, berima, rangkap tanpa irama, dan interpretasi. Manakala Safa' Khalusi pula mengatakan ada 3 sahaja kaedah menterjemah puisi. Antaranya, terjemahan tafsiriyyah (parafrasa), terjemahan talkhisiyyah (precistranslation) dan terjemahan wazaniyyah  (metrikal). Kedua-dua tokoh ini mempunyai pendapat yang berbeza, namun kesemua kaedah tersebut boleh digunakan.     Apa yang pa