Posts

11. Kata Kerja Imbuhan

Assalamualaikum. Hai semua! Kita sambung lagi pembelajaran kita hari ini. Saya nak kongsi tentang terjemahan kata kerja imbuhan. Macam yang kita semua tahu kata kerja imbuhan ini banyak bukan? Nampak sama tapi sebenarnya setiap imbuhan itu ada makna yang tersendiri lebih-lebih kata imbuhan bahasa Arab. Saya ambil satu contoh daripada wazan bahasa Arab iaitu bentuk II – فعّل . Wazan ini mempunyai makna dan fungsi yang pelbagai. 1. Memberi pengertian intensif / ekstensif.     Contoh : ( كَسَرَ ) → ( كَسَّر ) : memecahkan →   menghancurleburkan (berkali-kali) 2.   Memberi pengertian kausatif /penyebab atau menjadikan sesuatu kenyataan Contoh : ( عَلِمَ )   → ( عَلَّمَ ) : mengetahui → mengajar atau menyebabkan seseorang   mengetahui 3.   Menukarkan kata kerja tak transitif menjadi transitif.      Contoh : ( فَرِحَ ) → ( فَرَّحَ ) : bergembira →    menggembirakan 4.   Memberi makna pernyat...

10. Peribahasa boleh diterjemah?

Image
Hai pembaca setia sekalian! Assalamualaikum.  Boleh ke peribahasa diterjemah? Macam mana ya nak terjemah peribahasa?  Baiklah kali ini saya akan kongsi sikit teknik menterjemah peribahasa. 1. Peribahasa sumber ganti dengan peribahasa seerti dalam bahasa sasaran.     - Contoh :  بْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ   diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan . 2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.    - Contoh :   ماءُ الوجه   diterjemahkan terus kepada air muka . 3. Teknik memperjelas makna.     - Contoh :  Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada        حبيب/حبيبة 4.  Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).      - Contoh :  تذكارية   diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati .       ...

9. Terjemahan Frasa Tarkib Wasfi

Assalamualaikum semua. Kita sambung entri pada kali ini tentang terjemahan frasa. Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan frasa? Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa dibahagikan kepada beberapa jenis: Tarkib Wasfi Tarkib Idafi Frasa Idiomatik /al-tarkib al-istilahi Taukid Badal wa Mubdal minhu 'Ataf wa Ma'tuf Alayh Bagaimana nak terjemah setiap frasa ni? Setiap frasa ini berbeza kaedah terjemahannya. Tapi kali ini saya nak fokuskan kepada terjemahan tarkib wasfi. Tarkib wasfi terdiri daripada sifah dan mawsuf. Berikut kaedah terjemahan frasa tarkib wasfi : - Boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.    Contoh : البيت الكبير    Terjemahan : Rumah (yang) besar. - Sekiranya terdapat lebih daripada satu sifat, boleh ditambah    dan  atau  lagi .   Contoh : ...

Macam Mana nak Terjemah Kata Nama Khas ek?

Hai, Assalamualaikum !  Yeay bertemu kembali kita 😊 Jadi, kali ni nak cerita pasal apa pulak eh ? Oh ya la tengok tajuk la kan. Kita kongsi pasal terjemah Kata Nama Khas atau disingkatkan jadi KNK ni pulak. Jom baca ! Tahu tak Kata Nama Khas tu macam mana ? Kata Nama Khas tu merujuk kepada nama yang khusus seperti orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya. Kata Nama Khas ni huruf pertamanya mesti ditulis dengan huruf besar. Haa kalau nampak ada perkataan kat tengah-tengah ayat tetiba huruf pertamanya huruf besar tu maksudnya Kata Nama Khas la tu. Senang je kan nak tahu Kata Nama Khas tu macam mana.  Jadi, macam mana nak terjemahkan Kata Nama Khas ni ? Tengok macam mudah je kan ? Tapi sebenarnya nak terjemahkan Kata Nama Khas ni susah juga. Kenapa ? KNK ni tak ada makna dia yang tersendiri, terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. KNK ni juga biasanya merujuk kepada fungsi dan maknanya yang tertentu....

Layak ke Kita Menterjemah ?

Assalamualaikum dan haiiiiii 😇 Okay nak kongsi sikit ni pasal sapa yang boleh jadi penterjemah. Bukan senang tau nak jadi penterjemah. Ada syarat-syarat dia jugak. Bukan setakat tahu dua bahasa dah boleh jadi penterjemah. Oh tidak semudah itu. Okay kalau nak tahu jum la baca ! Okay yang pertama sekali, mesti tahu bahasa sumber . Yang ni mesti la kan. Kalau tak tahu bahasa sumber macam mana nak faham kan. Okay seterusnya kena tahu bahasa sasaran . Maksudnya kat sini kena tahu la kita nak terjemah ke bahasa apa. Contohnya, kita nak terjemah ke bahasa Inggeris tapi kita tak tahu bahasa Inggeris, tak jadi la terjemahan tu kan. Selain itu, kena tahu juga topik atau subjek yang nak terjemah tu. Maksudnya kita kena ilmu tentang apa yang kita nak terjemahkan tu. Kalau kita takde ilmu, kita tak faham, orang sasaran kita pun takkan faham nanti. Seterusnya, sebagai seorang penterjemah, dia juga kena tahu tentang teori terjemahan.  Terjemahan ni ada teori ada cara dia tersendiri...

Terjemahan ? Kenapa kena terjemah ?

Hai, Assalamualaikum. Rasa macam dah lama sangat taip menaip. Okay, kita mula dari awal balik la ye. hehe. Subjek yang kami wajib ambil untuk sem ni adalah TAMA ? Apa tu TAMA ? TAMA tu singkatan kepada Terjemahan Arab-Melayu-Arab. Nampak macam wow bukan 😂  Jadi mesti ada yang tertanya-tanya, apa itu terjemahan ? Kenapa nak kena terjemah pulak kan ? Okay jom saya nak kongsi sikit pasal terjemahan ni. Okay secara asasnya, kenapa menterjemah ? Antaranya untuk mengetahui tentang kandungan sesuatu teks yang ditulis dalam bahasa yang tidak difahami. Contoh, orang Melayu mesti tak mahir dalam bahasa Arab. Jadi, untuk dia faham tentang teks bahasa Arab tu, dia kenalah terjemahkan kepada bahasa yang di faham seperti bahasa Melayu. Selain itu, menterjemah ni jugak boleh salurkan ilmu pengetahuan asal kepada pembaca asing. Macam kalau kita tahu macam-macam bahasa, kita boleh la tolong terjemahkan dan beritahu kepada orang yang tak faham tu.  Okay lah kita jumpa dekat po...

8. Berapakah jenis terjemahan?

Assalamualaikum pembaca sekalian... Kita sambung pembelajaran kita pada hari ini. Cewahh... Kali ini  saya nak kongsi sikit tentang jenis terjemahan. Ada berapa ya jenis terjemahan? Secara umumnya jenis terjemahan terbahagi kepada dua iaitu Terjemahan Lisan dan Terjemahan Tulisan . Macam mana nak tahu dua jenis terjemahan ini? Kalau macam itu, jomlah kita mengenal ciri-ciri bagi dua jenis terjemahan itu. Ciri-ciri terjemahan tulisan : # Dilakukan secara bertulis.  # Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang    dilakukan.  # Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.  # Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak    menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.       Ciri-ciri terjemahan lisan :       - Perlu berpengetahuan luas.    - Mampu mentafsirkan apa sahaja y...