Posts

Peribahasa

Hai Assalamualaikum ! Baiklah kali ni nak kongsi macam mana nak terjemah peribahasa. Mesti ramai nak tahu kan ? Ok jom saya kongsikan. 1. Teknik yang pertama adalah peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya,  جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi susu dibalas tuba. 2. Teknik yang kedua adalah menggunakan teknik pinjaman terjemah. Contohnya,  ماءُ الوجه   diterjemahkan terus menjadi air muka. 3. Teknik ketiga adalah teknik memperjelas makna. Contohnya, Sweetheart diperjela menjadi kekasih. Kemudian kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة . 4. Yang keempat adalah proses gantian peribahasa iaitu ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya, حيض diterjemahkan kepada datang bulan. Okay itu je teknik untuk terjemah peribahasa. Semoga dapat membantu. Terima kasih dan jumpa lagi :) Post by : Aisah Binti Masdar • en...

Terjemahan Frasa :')

Assalamualaikum semua 🌸 Yeay jumpa lagi. Hihi. Okay hari ni nak cerita pasal apa ye ? Tengok tajuk la kan. Baiklah hari ni nak cerita sikit macam mana nak terjemahkan frasa. Nak tahu tak ? Ok jom baca. Frasa ni ada banyak tau. Jenis frasa adalah frasa idiomatik, tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal wa Mubdal minhu da 'Ataf wa Ma'tuf Alayh. Jom saya bagitahu macam mana nak terjemah frasa-frasa ni. 1. Tarkib Wasfi (Sifat wa Mausuf) Kaedah untuk terjemahkan Tarkib Wasfi ni adalah boleh ditambah perkataan 'yang' atau digugurkan sahaja. Contohnya,  البيت الكبير   boleh diterjemahkan kepada 'rumah yang besar' ataupun 'rumah besar'. Sekiranya sifat itu lebih daripada satu, boleh ditambah perkataan 'dan' atau 'lagi'. 2. Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh) Bagi Tarkib Idafi pula, kaedah menterjemahnya adalah boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubaha...

Terjemahan menurut Roman Jacobson :))

Hai Assalamualaikum ! Pada entry lepas saya telah kongsikan jenis terjemahan menurut Robert Lado. Jadi pada entry kali ini saya akan kongsikan tentang terjemahan menurut seorang lagi sarjana iaitu Roman Jacobson. Menurut Jacobson, terjemahan terbahagi kepada tiga iaitu intralingual, interlingual dan intersemiotik. Wahh apa tu ? Meh baca bawah :) Terjemahan intralingual ini dilakukan dalam satu bahasa sahaja dan berkenaan satu bahasa sahaja. Ini bermaksud penterjemahan jenis intralingual adalah terjemah variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu. Contohnya seperti dialek ke dialek yang lain, dialek ke bahasa baku atau sebaliknya, bahasa kasar ke bahasa halus dan sebagainya. Seterusnya, terjemahan interlingual adalah terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain. Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering dilakukan oleh para penterjemah. Contohnya menterjemah daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab, bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan sebagainya. Akhir sekali...

Jenis terjemahan menurut Robert Lado :))

Hai Assalamualaikum ! Baiklah hari ni nak bongsi sikit pasal jenis terjemahan menurut salah seorang sarjana iaitu Robert Lado. Menurutnya, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan faktual dan terjemahan sastera. Apa bezanya ? Nak tahu ? Jom saya ceritakan :) Terjemahan faktual ni adalah terjemahan yang memindahkan maklumat dalam bentuk fakta. Contohnya, terjemahan buku, surat khabar, surat rasmi, ubat-ubatan dan sebagainya. Untuk terjemahan fakta ni kena ringkas, sederhana, wajar dan tak mengelirukan. Kalau susah-susah nanti tak faham pula pembaca kan ? Lagipun, terjemahan yang mengelirukan ni bukan sahaja boleh menyesatkan pembaca tapi boleh membawa kemudaratan kepada pembaca juga. Seterusnya, terjemahan sastera. Terjemahan sastera ini dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan. Contohnya, terjemahan prosa, puisi, drama, epera, filem dan sebegainya. Terjemahan ini sering kita dengar dilakukan oleh penterjemah bukan ? Terjemahan sastera ni sama dengan...

Terjemahan Unsur Budaya

Hai semua! 🙋 Tajuk kita kali ni best tau! Jom tengok sama sama, rugi kalau tak fokus ni 😋 Okay, apa itu terjemahan budaya? Haa terjemahan budaya ialah terjemahan yang bermutu tinggi yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Jadi, unsur unsur budaya asal wajib dikekalkan. Okay budaya dibahagikan kepada 4. And the first one is budaya Ekologi. Ia ialah ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu. Contoh perbezaan budaya arab dan melayu, kalau budaya Arab ekologinya kering, berbatu batan, berpadang pasif dan terdapat musim sejuk. Manakala budaya Melayu hutan tropika, pemandangan hijau, taburan hujan tinggi dan banjir yang besar. Selain itu, terdapat pokok yang terdapat di Tanah Arab tapi tidak dikenali di Malaysia contohnya الغلد. Manakala pokok di Malaysia yang tidak dikenali di Tanah Arab contohnya ...

Ayat Maklumat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! 😎 Macam mana nak terjemah ayat maklumat? Haa jom kita tengok sama sama. Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Ia paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan atau tulisan. Fungsinya adalah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat pulak untuk memberitahu sesuatu. Ayat maklumat pun ada banyak jenis tau. Ada ayat perisytiharan, makluman, pengumuman dan pemberitahuan. Pastu ada jugak ayat pernyataan, contohnya "Ada virus dalam komputer". Ayat takrifan pun ada. Sebagai contoh, "Angin ialah udara yang bergerak" Selain tu, ayat tegasan contohnya "Benar bahawa manusia mempunyai roh". Haa ada banyakk lagi sebenarnya jenis jenis ayat maklumat. Tapi ini saja yang saya share yaa. 😊 Itu saja daripada saya. Xoxo 💙💋 Posted by: Nurhidayah Amni binti Mohd Zaini - Entry 13 -

Teknik Menterjemah Peribahasa

Assalamualaikum dan hai 🙋 Tahu ke macam mana teknik nak terjemahkan peribahasa? Haaa jom kita study sama sama. Okay teknik yang pertama, peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya, جزاه جزاء سنمّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba. Kedua, menggunakan teknik pinjam terjemah. Contohnya, ماء الوجه diterjemahkan kepada air muka. عين القلب diterjemahkan kepada mata hati. Ketiga, teknik memperjelas makna. Contohnya perkataan "sweetheart" diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيبة atau حبيب. Keempat, proses gantian peribahasa iaitu ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya هدية تذكارية diterjemahkan kepada cenderahati. Tapi, apa apa pun kena jugak tanya terus kepada penutur asli bahasa sumber dan orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber bagi mengelakkan kesalahan terjemah. Sekian saja daripada saya untuk kali ni. Bye...